- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 480
MESYUARAT PENYELARASAN SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA 2020 WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Bukit Kiara, 24 September 2020 - Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Sambutan Hari Sukan Negara 2020 WP Kuala Lumpur yang akan berlangsung pada 10 Oktober 2020. Pelbagai aktiviti yang akan dijalankan secara fizikal dan juga secara atas talian. Sasaran Penyertaan scara fizikal terhad kepada 250 orang peserta sahaja mengikut SOP yang telah di sarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menangani wabak Covid-19.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Asmori bin Haji Sa'ahari, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur dan turut hadir Encik Tony Azman bin Hassan, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur serta pegawai-pegawai dari setiap bahagian dan pejabat kawasan Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 480
