23 September 2020, Rabu, PBSK Seputeh meneruskan kembali pemantauan premis sukan berkenaan pematuhan SOP di Parlimen Jalan Alor, Bukit Bintang. Pada kali ini, pemantauan lebih tertumpu hanya kepada 2 atau 3 premis sukan sahaja atas faktor kesesakan di pusat bandar. PBSK Seputeh berpuas hati dengan pematuhan yang dilaksanakan di premis-premis sukan, walaupun terdapat pengurus premis yang enggan memberikan kerjasama sepenuhnya.
Jumaat, 11 September 2020- Pada jam 8.00 pagi, PBSK Seputeh mengadakan satu bengkel pemurnian semula MyPortfolio di Kompleks Belia dan Sukan Kg Pandan. Tujuan pemurnian ini diadakan adalah untuk mengemaskini dan membuat penambahbaikan yang baru setelah mendapat teguran serta bimbingan oleh Bahagian Khidmat Pengurusan, KBS. Untuk pengetahuan, Myportfolio ini adalah panduan dalam menyediakan dokumen rujukan rasmi yang menjadi panduan kerja bagi sesuatu jawatan dalam sesebuah organisasi. Oleh itu, PBSK Seputeh perlu mengemaskini semula panduan kerja ini berikutan penambahan bidang tugas yang baru iaitu melibatkan Bukit Bintang.
29 September 2020, Kuala Lumpur- Telah berlangsungnya Sambutan Hari Belia Negara dan Majlis Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat WP Kuala Lumpur bertempat di DoubleTree by Hilton, Kuala Lumpur.
Sambutan ini telah dirasmikan oleh YBhg. Datuk Wan Ahmad Uzir Bin Hj. Wan Sulaiman, Timbalan Ketua Setiausaha ( Pengurusan dan Sosio Ekonomi ). Objektif sambutan ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada golongan belia yang menyumbang kepada pembangunan negara dan menggalakkan semua belia agar kembali aktif menyumbang tenaga dan idea ketika negara berada di pasca pandemik Covid-19.
Majlis yang berlangsung pada jam 8.00 malam itu berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelbagai agensi, persatuan serta kelab belia dan lain-lain.
29 September 2020, Kuala Lumpur: Tahniah Persatuan Belia Seri Cempaka telah dinobatkan Johan kategori Pertubuhan Belia dalam penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat WP Kuala Lumpur dengan membawa pulang wang tunai bernilai RM 10,000.00, piala iringan dan sijil penghargaan. Naib Johan disandang oleh Persatuan Pemuda Gema Malaysia yang mana turut membawa pulang wang tunai RM 5,000.00, mock cheque, piala iringan dan sijil penghargaan. Bagi kategori Individu Wanita, Johan dirangkul oleh saudari Kavita Maheendran dari MIYC Lembah Pantai dengan membawa pulang wang tunai RM3,000.00, mock cheque, piala iringan dan sijil penghargaan dan Naib Johan disandang oleh Puan Nur Ayuni Mazlan dari MAYC dengan membawa pulang wang tunai RM 1,500.00, mock cheque, dan sijil penghargaan. Manakala Kategori Individu Lelaki, Johan dirangkul oleh saudara Khairul Rizam Abu Samah dari GPMS WP dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 3,000.00, mock cheque, piala iringan dan sijil penghargaan dan Naib Johan disandang oleh saudara Ahmad Fahmi Samsudin dari ABIM WP turut membawa pulang wang tunai RM 1,500.00, mock cheque, dan sijil penghargaan.
Hadiah pemenang disampaikan oleh YBhg. Datuk Wan Ahmad Uzir bin Hj. Wan Sulaiman Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan & Sosio-ekonomi). Penyertaan pada tahun 2020 amat sengit dimana peningkatan penyertaan adalah sebanyak 9 calon bagi Kategori Individu Lelaki, 6 Calon Kategori Individu Wanita dan 5 Pertubuhan Belia yang hebat bertanding untuk merangkul tempat Johan dan Naib johan bagi setiap kategori. Tahniah kepada para pemenang dan semoga pencapaian ini membawa satu penanda aras kepada sukarelawan dan pertubuhan dalam membangunkan sahsiah dan modal insan belia-belia negara khususnya di WP Kuala Lumpur.
22 September 2020, Kuala Lumpur - Kursus Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Peringkat W.P Kuala Lumpur Siri 2 Tahun 2020 telah selesai dilaksanakan di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara
Kursus Pemimpin ARPRM Siri 2 ini melibatkan penyertaan daripada Badan Bukan Kerajaan, Agensi-agensi kerajaan, Badan Operasi ARPRM serta sekolah-sekolah dan Institut Pendidikan Guru yang berjaya menghimpunkan seramai 32 orang peserta.
Majlis Penutup dan Penyampaian sijil disempurnakan oleh Encik Asmori bin Haji Sa'ahari, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan W.P Kuala Lumpur. Dalam ucapannya, beliau berharap agar segala ilmu yang dikongsi dapat dipanjangkan kepada kumpulan sasar dalam membentuk belia ke arah pembentukan potensi belia yang cemerlang. Beliau juga berharap agar gerakan Rakan Muda ini aan lebih aktif dan meningkat dari segi penglibatan belia di Kuala Lumpur khususnya.
Jabatan Belia dan Sukan W.P Kuala Lumpur mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada KUMPULAN 30 PENGAKAP LAUT (TERBUKA) DAERAH SEGAMBUT (SEAL30) dan PERTUBUHAN PERKEMBANGAN ELIT (FORTEENS) yang telah ditauliahkan sebagai Badan Operasi Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda. semoga dengan pentauliahan dan pengiktirafan ini akan meningkatkan lagi penyertaan serta pembangunan peribadi yang baik di kalangan para peserta.
26 September 2020, Kompleks Belia dan Sukan WPKL- Bahagian Pembangunan Sukan melalui Unit Kecergasan Nasional telah mengadakan Program Jom AEROFIT@JBSWPKL Siri 5. Sesi kali ini memberi tumpuan kepada senaman kesuaian fizikal (muscle conditioning).
Program pada hari ini disertai seramai 29 org peserta terdiri daripada warga Kuala Lumpur. Instruktor Kecergasan terdiri daripada Persatuan Sukan Kecergasan Kuala Lumpur KL FIT.
Jumpa kami lagi ada 1 Siri lagi atau mungkin lebih.
26 September 2020 - Twin Tower Fitness Centre KLCC. Puan Azlina Zainal Pegawai Kecergasan Nasional Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur sempat menghadiri Bengkel Stepboard anjuran Kelab R Series. Bengkel ini memberi pendedahan asas kepada Instruktor-Instruktor Senamrobik dalam mengendalikan kelas Stepboard. Hasil perkongsian pada hari ini adalah setiap Instruktor hanya perlu memperkemaskan Pergerakan asas dan perlu bijak untuk menvariasikan pergerakan mengikut kesuaian peserta di dalam kelas. Semua Instruktor perlu ingat perkara yang paling asas sebelum mengendalikan kelas " Peserta akan datang ke setiap kelas adalah kerana kita ( Instruktor) bukan kerana kareografi kita". Ini adalah petikan daripada seorang lagenda dalam aerobik yang berpengkalan di Australia Marcus Irwin. Dan Jangan lupa untuk pastikan setiap pergerakan adalah selamat untuk semua.
Bengkel ini dikendalikan oleh Encik Rosly Ibrahim atau dikenali dengan Sifu Rosly. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang Variasi Aerobik ini dan terlibat dalam arena antarabangsa.
KUALA LUMPUR, 29 September 2020: Sesi Focus Group Discussion (FGD) bagi Kajian Kompetensi Pemimpin Muda bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dilaksanakan di Pusat Belia Antarabangsa (IYC). Sesi yang berlangsung sepanjang 2 jam itu disertai oleh sepuluh orang kumpulan pelaksana bagi mendapatkan input dan pandangan berkaitan kompetensi kepimpinan dalam kalangan belia.
Bukit Kiara, 30 September 2020 - Wakil Global Wellness Foundation (GWF) telah hadir ke Jabatan Belia dan Sukan W.P Kuala Lumpur bagi membincangkan tentang pelaksanaan program-program Rakan Muda terutamanya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
GWF merupakan Badan Operasi bertauliah dan telah melaksanakan Program ARP ini sejak sekian lama dan mencari ruang jalinan kerjasama dengan JBS W.P Kuala Lumpur untuk mendapatkan maklumat terkini tentang program-program Rakan Muda.