KG BARU, 12 OKTOBER - Telah berlangsung perlawanan persahabatan di antara pasukan bola sepak JBSWPKL bersama CIDB FC bertempat di Rhino Arena Kg Baru dengan perlawanan bermula pada jam 9.30 malam. JBSWPKL walaubagaimanapun turun tempang tanpa beberapa pemain utama antaranya Muhamad Nuramin, penjaga gol dan perancang utama Amirul Hakim. Ketiadaan mereka diisi oleh beberapa pemain veteran seperti Nazri Parmin, Mazlan Masot dan Faidurrida.
Separuh masa pertama menyaksikan JBSWPKL dihadiahkan sepakan penalti apabila penyerang utama Azrul Hadee dijatuhkan didalam kawasan penalti, kesempatan itu dimanfaatkan oleh pemain veteran,Mazlan Masot untuk meletakkan JBSWPKL satu gol dihadapan.
Bersambung separuh masa kedua, pengurus pasukan Syafiq Asyraf melakukan pertukaran drastik dengan membawa masuk pemain import Wan Mustaqim bagi menggantikan Faizul dibahagian sayap dan memasukkan pemain veteran Nazri Parmin bagi memperkemaskan bahagian tengah. Percaturan itu ternyata menjadi apabila Wan Mustaqim dan Nazri Parmin berjaya menjaringkan gol ke-2 dan ke-3 pasukan untuk mendahului 3-0.
CIDB yang tersentak dengan dua jaringan itu cuba merapatkan kedudukan dengan jaringan dipenghujung separuh masa kedua untuk kedudukan ketika itu JBSWPKL 3, CIDB 1.
Menyaksikan kegagalan penyerang prolifik pasukan Azrul Hadee untuk membuka akaun jaringan, pengurus pasukan terpaksa membawa masuk Rosmine yang baru pulih dari kecederaan untuk mendapatkan minit permainannya. Percaturan itu sekali lagi menjadi apabila Rosmine yang cuba bergerak secara solo dibentes oleh pertahanan CIDB didalam kawasan penalti. Wan Mustaqim yang ditugaskan untuk mengambil sepakan itu mudah untuk memanfaatkan dengan jaringan keempat buat JBSWPKL.
Di separuh masa keempat menyaksikan 'tempo' permainan semakin pantas dan JBSWPKL terus menguasai permainan, hasilnya 'Playmaker' pasukan Helmi Fadzil berjaya menewaskan penjaga gol CIDB menerusi percubaan dari luar kawasan penalti untuk jaringan kelima pasukan.
Tamat perlawanan JBSPKL 5, CIDB 1
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 589
