- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 475
KELAB MEMANAH WIRAWATI AKHIRNYA DIDAFTARKAN DI BAWAH PEJABAT PESURUHJAYA SUKAN
Sukan Memanah Tradisional kini semakin popular di Malaysia. Banyak kelas-kelas memanah tradisional ditubuhkan dan dianjurkan oleh universiti, agensi kerajaan dan swasta serta jawatankuasa masjid. Oleh itu, Salam Hijrah Holiday Sdn. Bhd yang diasaskan oleh Ustaz Muszakir telah mengambil inisiatif ini dengan menubuhkan Kelab Memanah Wirawati atas dasar mengembalikan ingatan pada zaman kegemilangan Empayar Islam serta Kesultanan Melayu Melaka. Konsep Kelab Memanah ini adalah secara tradisional dan juga memanah berkuda. Semoga Kelab ini terus maju dan dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan memanah tradisional ini.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 475
