Jinjang, 17 Disember 2020 - Krew Rakan Muda Day Out meneruskan jelajah ke Balai Polis Jinjang bagi penyerahan 50 unit kit Covid 19 yang terdiri dari penutup muka, dan cecair penyahkuman. Kit telah di terima oleh Insp Nor Azmi Azmin bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Balai, Balai Polis Kepong.
Jinjang, 17 Disember 2020 - Krew Program Rakan Muda Day Out Kawasan Kepong telah singgah di Balai Bomba Jinjang seawal jam 10.00 pagi bagi Penyerahan Kit Covid 19. Sebanyak 50 keping Kit yang mengandungi topeng muka dan cecair penyahkuman telah diterima oleh PBT Fuad bin Omar, Ketua Balai Bomba Jinjang.
Bukit Kiara, 17 Disember 2020 - Program Rakan Muda Day Out Kawasan Kepong yang dilaksanakan sekitar kawasan Jinjang bermula jam 9.30 pagi. Pelepasan dilakukan oleh Tuan Asmori bin Hj Sa'ahari, Pengarah JBSWPKL. Lokasi Rakan Muda Day Out kali ini adalah Balai Polis Jinjang, Balai Bomba Jinjang serta Pasar Awam Jinjang. Tuan Asmori menegaskan bahawa program ini adalah satu inisiatif bagi membentuk jati diri anak muda melalui aktiviti sukarelawan. Program kali ini juga melibatkan Persatuan Rekreasi Persiaran Mewah, KL. Bahagian Rakan Muda diwakili oleh Encik Mohd Syafiq Asyraf bin Zulkarnain.
Bukit Kiara, 11 Disember- Telah berlangsung penyerahan rekod perserta emas Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda oleh Persatuan Belia Inspirasi kepada Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Encik Anuar bin Hamid untuk pencalonan bagi tahun 2020.
PUTRAJAYA, 15 DISEMBER - Telah berlangsung perjumpaan bersama Dato' Dr Wasitah Binti Mohd Yusof, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur, En. Asmori Bin Haji Sa'ahari dan juga Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBS WP Kuala Lumpur, En. Anuar Bin Hamid. Antara topik perbincangan adalah berkenaan dengan status penyerahan Gelanggang Sukan Exterme Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara dan juga KOmpleks Belia dan Sukan Kampung Pandan.
PUTRAJAYA, 16 DISEMBER- Telah berlangsung pengesahan layak dan kompeten kepada bakal jurulatih rekreasi luar di Pejabat Belia dan Sukan Putrajaya dihadiri oleh Puan Siti Rahayu binti Rabudin dari PBSK Putrajaya dan Sharizam bin Ismail ( Jurulatih Rekreasi Luar ). Untuk rekod, putrajaya telah mempunyai 2 orang Jurulatih Rekreasi Luar yang diiktiraf. Selain Tuan Shahrizam, Tuan Kharulnaimbin Muslimin juga merupakan salah seorang jurulatih rekreasi luar tahap 3.
PUTRAJAYA, 15 DISEMBER- Telah berlangsung pemeriksaan audit fail peringkat jabatan di PBSK Putrajaya dengan dihadiri Puan MArina bt Yusoff dan Puan Rosmaria bt Abdul Razak dari Bahagian Pentadbiran JBS KL dan Cik Mariana bt Abdullah dari PBSK Putrajaya bertujuan untuk menjalankan pemeriksaan berkala yang dijalankan oleh pihak jabatan bagi memastikan kelancaran pentadbiran berada di tahap terbaik khususnya.
KUALA LUMPUR,17 DISEMBER 2020- Situasi Covid-19 dan peningkatan kes dari semasa ke semasa telah mendatangkan kesan terhadap motivasi dan psikologi atlet. Berdasarkan peningkatan kes yang melanda negara terutamanya kawasan Lembah Klang yang meliputi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sedikit sebanyak membantutkan perkembangan latihan atlet Wilayah dari semasa ke semasa. Berikutan masalah tersebut, Majlis Sukan Wilayah telah menganjurkan Program Latihan Quarantine Base Approach (QBA) kepada semua atlet Wilayah yang akan mewakili Wilayah Persekutuan dalam SUKMA 2022. Program ini juga bertujuan untuk membantu para atlet dan jurulatih untuk sentiasa kekal bersedia dalam meningkatkan kemahiran dari segi fizikal dan mental sebelum menghadapi SUKMA XX Johor dengan program latihan dan simulasi pertandingan. Program ini juga adalah sebagai penanda aras bagi kaedah program latihan dalam tempoh PKPB. Pasukan Kanu Wilayah Persekutuan turut sama menyertai latihan QBA ini dan telah menjalankan latihan di Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur di mana Persatuan Kanu Kuala Lumpur berpusat di Titiwangsa. Dalam program ini juga, salah seorang dari kakitangan PBSK Titiwangsa/ Setiawangsa, Cik Noraini binti Zanudin turut terlibat secara langsung dengan Pasukan Kanu Wilayah Persekutuan dari segi pengurusan dan latihan atlet. Semoga pasukan Kanu Wilayah Persekutuan akan terus cemerlang dan mengharumkan nama Wilayah Persekutuan dalam kejohanan-kejohanan pada masa akan datang.
12 DISEMBER 2020,PPR AIR PANAS- Program hala tuju belia bandar siri 1 telah diadakan selama 3 hari bermula pada 10 hingga 12 Disember 2020 melibatkan seramai 33 org peserta dari PPR Air Panas, Sg Bonus dan Gombak Setia . Program ini dianjurkan oleh Kelab Kebajikan UTC dgn kerjasama AADK Wilayah dan PBSK Titiwangsa . Program ini merupakan salah satu projek rintis AADK yg mefokuskan belia bagi membantu mereka mengenalpasti halatuju dan minat kerjaya yg boleh disalurkan kepada agensi yg berkaitan. Majlis penutup telah disempurnakan oleh En Razif Pengarah AADK Wilayah.