Bukit Kiara, 18 Disember 2020 - Bermula daripada program Rakan Muda Day Out Kawasan Segambut, Gabungan Pelajar Melayu Semananjung Wilayah Persekutuan telah menyuarakan hasrat membantu menjalankan proses nyahkuman di Bangunan Utama, JBSWPKL. Hasrat murni ini telah dinyatakan kepada Tuan Pengarah dan pelaksanaan ini dirancang untuk diadakan pada tahun 2021.
Bukit Kiara, 21 Disember 2020 - Pemeriksaan Aset Jabatan telah diadakan oleh Jawatankuasa Pemeriksaan Aset Jabatan pada jam 2.30 petang. Lawatan Pemeriksaan pada tahun ini di ketuai oleh Encik Anuar bin Hamid, Penolong Pengarah Rakan Muda dan dibantu oleh Encik Faidurrida bin Mohd Yusof dari Bahagian Pembangunan Sukan, JBSWPKL. Terima kasih diucapkan.
TTDI, 18 Disember 2020 - Petugas barisan hadapan adalah kumpulan yang bertungkus lumus sepanjang menghadapi pandemik Covid 19. Mereka bertugas bagi memastikan SOP dipatuhi dan membantu melandaikan graf jangkitan wabak ini. Sebagai penghargaan kepada mereka, PBSK Kepong / Segambut menyerahkan kit Covid 19 kepada Balai Polis TTDI dan Balai Bomba TTDI. Kit Balai Polis TTDI diterima oleh SM Siti Nur Hazrita binti Ismail dan kit bagi Balai Bomba TTDI diterima oleh Tuan Shahrul Azlan bin Erahim. Bahagian Pembangunan Rakan Muda diwakili oleh Puan Nursyamira Sejali.
Bukit Kiara, 18 Disember 2020 - Pelepasan hari ini dilakukan oleh Tuan Asmori bin Hj Sa'ahari, Pengarah JBSWPKL. Pelaksanaan Rakan Muda Day Out Segambut dilaksanakan dengan kerjasama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Kuala Lumpur.
Kit Covid 19 yang diagihkan kepada barisan petugas hadapan Segambut hari ini merangkumi pelitup muka, cecair penyahkuman serta sarung tangan.
17 Disember 2020, Khamis ; Berlangsungnya satu lawatan kerja dari pihak JBSN WP Kuala Lumpur yang dihadiri oleh Yang Berbahagia Tuan Pengarah Asmori bin Haji Sa’ahari dan Puan Miza dari Bahagian Belia serta seluruh kakitangan PBSK Lembah Pantai iaitu En. Muhammad Rery Martinaz, Pn. Sity Harianiey, En. Hafizuddin dan En. Mus’ab ke Pejabat Persatuan Belia Seri Cempaka. Turut hadir Presiden dari Majlis Belia Wilayah Persekutuan Mohamed Naseer bin Mohamed dan En Khairil Roy Azuan selaku Pengerusi Persatuan Belia Seri Cempaka serta En Syed Muhammad Azmi bin Syed Mohamed Buhari selaku Pengerusi Kelab Belia Anak Wilayah Lembah Pantai.
Persatuan Belia Seri Cempaka telah melaksanakan pertanian bandar yang lebih meluas kepada warga belia dan komuniti Projek Perumahan Rakyat(PPR) untuk diaplikasikan dengan mederatif.
Menyedari kepentingan dalam menyokong kehijauan serta memulihara ekosistem persekitaran yang lebih bersih adalah menjadi impian buat Persatuan Belia Seri Cempaka kepada komuniti Projek Perumahan Rakyat(PPR) di samping menyimpan impian menjadi model penggerak kepada seluruh komuniti dengan lestarinya.
15 Disember 2020, Selasa ; Lembah Pantai, kunjungan Kelab Belia Anak Wilayah Lembah Pantai(BAWA) ke JBSN WP Kuala Lumpur bagi membincangkan penganjuran sebuah kejohanan permainan e-sports iaitu ‘MLBB-Wilayah Professional League’ bagi memanfaatkan aktiviti belia di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Kejohanan yang dibuka penyertaan kepada 12 buah parlimen di Wilayah Persekutuan dengan sasaran penyertaan ‘percuma’ kepada 258 pasukan keseluruhan, adalah merupakan suatu pendekatan kepada warga belia untuk dimanfaatkan dengan sejahtera terhadap aplikasi e-sports ini.
PUTRAJAYA, 17 DISEMBER- Telah berlangsung sesi perbincangan dan penyelarasan bersama Persatuan Belia Bakti Putrajaya bagi Program RMDO Peringkat Kwsn Putrajaya 2020 yang turut dihadiri Puan Siti Rahayu binti Rabudin dari PBSK Putrajaya dan Wakil Persatuan Belia Bakti Putrajaya yang merupakan sesi perbincangan dan penyelarasan bersama Persatuan Belia Bakti Putrajaya dalam gerak kerja terakhir sebelum perlaksaan program pada 19/12/2020 itu nanti.
Bukit Kiara, 17 Disember - Encik Nuzul Aiman Bin Wan Ahmad telah menerima sijil-sijil peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Gangsa bagi badan operasi Global Wellness Foundation daripada Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur bertempat di Aras 3, JBS WPKL. 12 orang peserta dari GWF layak ditauliahkan pada tahun 2020.
Jinjang, 17 Disember 2020 - Pasar Awam Jinjang menjadi lokasi terakhir pengagihan kit Covid 19. Seramai 100 orang yang terdiri dari penduduk setempat menerima kit ini dan ternyata masyarakat menyambut baik program seperti ini.