Kampung Pandan , 29 Dis 2020 - Encik Nazeri bin Gaib dan Puan Nadia binti Badaruddin telah melakukan pemeriksaan aset di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Kg Pandan pada hari ini , 29 Disember 2020 jam 10 pagi. Pemeriksaan telah dijalankan selama lebih kurang tiga jam. Tujuan pemeriksaan adalah untuk memastikan setiap aset mempunyai daftar rekod yang tepat, lengkap dan dikemaskini serta memastikan setiap aset berada di lokasi sama seperti yang tercatat dalam rekod daftar.
Janda Baik, Pahang, 26 Disember 2020 - Telah berlangsung dengan jayanya Diskusi Belia PPR bersama Pengarah AADKKL pada 24 hingga 26 Disember 2020 bertempat di Teratak Malaya, Janda Baik, Pahang.
Diskusi ini melibatkan belia di PPR Gombak Setia, belia PPR Sungai Bonus dan belia PPR Air Panas. Antara isu yang dibincangkan adalah berkaitan ekonomi belia, pendikan dan keagamaan dan sosial yang melibatkan belia di PPR dalam perkongsian dan mencari jalan penyelesaian bagi membangunkan belia serta mncegah belia dari gejala pelencongan sosial dadah.
Para panel terdiri daripada Pengerusi persatuan penduduk PPR.Turut hadir Encik Lalkhasman bin Mohamad Nor, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, PBSK Batu / Wangsa Maju mewakili Jabatan Belia dan Sukan W.P Kuala Lumpur.
Rata-rata belia mengutarakan isu dan hasrat sebagai belia bandar untuk dilayan dan diberi perhatian dalam semua aspek kepada mereka sebagai belia bandar an mengharapkan perhatian semua pihak bersama -sama membangunkan belia PPR ke arah lebih baik dan cemerlang.
Janda Baik, Pahang, 25 Disember 2020 - Telah berlangsung dengan jayanya Mesyuarat penyelarasan Program Hala Tuju Belia Bandar bersama Pengarah AADKKL pada hari ini bertempat di Yeratak Malaya, Janda Baik, Pahang.
Mesyuarat di pengerusikan oleh Tuan Radzi bin Wan, Pengerusi AADKKL.
Antara ahli mesyuarat yang hadiri adalah Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Gombak Setia dan Pengerusi) Persatuan Penduduk PPR Air Panas serta Pengerusi Persatuan Penduduk PPR Sungai Bonus. Jabatan Belia dan Sukan W.P Kuala Lumpur diwakili oleh Encik Lalkhasman bin Mohamad Nor, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, PBSK Batu / Wangsa Maju.
Mesyuarat membincangkan hala tuju program dan keperluan program untuk diteruskan pada sesi akan datang. Maklum balas program dan juga maklum balas daripada persatuan penduduk dan keberkesanan program untuk belia PPR.
Kuala Lumpur, 24 Disember 2020 - Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Darul Kifayah MAIWP Ke-28 Bil.3/ 2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Darul Kifayah, Kuala Lumpur.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato Hj. Mohamad bin S. Ahmad, Pengerusi Darul Kifayah MAIWP.
Mesyuarat berkenaan dihadiri oleh Encik Lalkhasman bin Mohamad Nor, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, PBSK Batu / Wangsa Maju mewakili Jabatan Belia dan Sukan W.P Kuala Lumpur.
Antara agenda yg telah dibincangkan adalah berkaitan pembangunan, kewangan, aktiviti, pengambilan pelajar dan pentadbiran Darul Kifayah ke arah lebih berdaya saing dan cemerlang.
Bukit Kiara,24 Disember 2020 - Telah berlangsung kerja-kerja pemeriksaan aset tahunan bagi PBSK Batu / Wangsa Maju pada hari ini dan semalam 23 Disember 2020 bertempat di PBSK Batu / Wangsa Maju.
Pemeriksaan aset berkenaan telah dijalankan oleh Jawatankuasa Pemeriksaan Aset Jabatan yang di ketuai oleh Encik Anuar bin Hamid, Penolong Pengarah Rakan Muda,JBSWPKL dan dibantu oleh Encik Faidurrida bin Mohd Yusof daripada Bahagian Pembangunan Sukan, JBSWPKL.
BUKIT KIARA, 21 DISEMBER -Telah berjalan kerja-kerja pemasangan perabot di pejabat pengurusan Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara melibatkan beberapa unit perabot antaranya 'work station', 'patition' dan juga tempat penyimpanan kunci bagi memudahkan urusan penyewaan kemudahan di KRM Bukit Kiara apabila dibuka semula nanti.
Kiara- 17 Disember 2020, Pbsk Seputeh telah melakukan semakan kerosakan terhadap peralatan di pejabat. Semakan ini dilakukan oleh Pn Norfaaizam bt Zainal Abidin seterusnya mengemaskini status kerosakan tersebut kepada pegawai pembangunan jabatan untuk diselenggara pada tahun 2021. Antara kerosakan yang dikenal pasti adalah pintu kecemasan, penghawa dingin, siling serta lampu yang tidak menyala akibat litar elektrik yang tidak berfungsi. PBSK Seputeh mengharapkan perkara ini dapat diselesaikan agar tidak berlarutan hingga menjejaskan keselesaan serta keselamatan kakitangan pejabat.
PUTRAJAYA, 19 DISEMBER - Telah berlangsung Cyling and Running Education Program oleh Cleverspeda Team Coaching bertempat di Podium B, Menara KBS yang turut dihadiri Encik Azmir Irwan bin Md Aris (Unit Pembangunan Sukan PBSK Putrajaya). Program dijalankan bagi memberi pendedahan tentang keselamatan semasa berbasikal dan berlari. Program dipantau oleh Encik Azmir dan dijalankan oleh Persatuan Cleverspeda. Diharapkan program seperti ini dapat dijalan dengan lebih kerap bagi meningkatkan kesedaran di kalangan pemain industri.
19 Disember 2020; Telah berlangsung Program Isi Minyak Percuma’ kepada Frontliners Belia Penghantar Makanan sempena Rakan Muda Day Out Kawasan Putrajaya 2020 bertempat di Stesen Petronas Presint 16.
Program ini adalah salah satu inisiatif Rakan Muda, KBS bagi membantu komuniti setempat dan juga bagi menggalakkan semangat kesukarelaan di kalangan belia masa kini.
Program mengisi minyak percuma yang telah diagihkan kepada 100 orang penghantar makanan atau ‘food delivery’ iaitu Grab Food dan Food Panda telah dijalankan dengan bantuan seramai 15 orang sukarelawan dari Persatuan Belia Bakti Putrajaya dan Kelab Rakan Muda Putrajaya.
Program turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Tuan Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan (JBS) WP Kuala Lumpur, Yang Berusaha Encik Asmori bin Hj. Sa’ahari. Turut hadir Encik Anuar Bin Hamid, Pen. Pengarah Bahagian Rakan Muda JBSWPKL.
Program ini merupakan anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Putrajaya dan Persatuan Belia Bakti Putrajaya serta Kelab Rakan Muda Putrajaya
Setinggi- tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kpd Tn Pengarah dan En.Anuar (BPRM) serta semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung kerana sudi meluangkan masa dan menyokong program ini.