- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 818
MBWP SERTAI MAJLIS PELANCARAN PROGRAM INISIATIF RAKAN MUDA (RM) PRIHATIN KBS X MAJLIS BELIA MALAYSIA (MBM).
PUTRAJAYA, 12 JANUARI -Sdr. Mohamed Naseer Mohamed , Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP) berkesempatan menghadiri Majlis Flag off Misi Banjir Rakan Muda Prihatin Tahun 2021, Kementerian Belia dan Sukan yang telah berlangsung di ruang legar Menara KBS di Putrajaya petang tadi. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha KBS.
Inisiatif Rakan Muda Prihatin merupakan cetusan idea YB Dato' Sri Reezal Merican Naina Merican, Menteri Belia dan Sukan Malaysia.
Seramai 10,000 orang belia dalam kalangan Alumni Program Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) Badan Gabungan belia di bawah Majlis Belia Malaysia serta NGO yang berdaftar di bawah KBS akan digerakkan ke kawasan yang terjejas dengan banjir dalam Misi Program Pasca Banjir Rakan Muda Prihatin.
Inisiatif ini adalah untuk memberi sokongan, meringankan beban dan bantuan psikologi kepada mangsa-mangsa banjir dengan menggerakkan sejumlah sukarelawan di semua negeri, daerah dan kawasan yang terkesan bencana tersebut.
Berita penuh dan lebih banyak gambar sekitar sesi flag off dipaparkan di akaun rasmi @kbsmalaysia @jbsnegara .
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 818
