Cheras, 29 Dis 2020 – PRIHATIN dengan mereka yang kehilangan punca pendapatan akibat Covid-19, Pejabat Belia & Sukan (PBSK) Cheras dengan kerjasama Kelab Sukan Kecergasan Inspirasi mengambil inisiatif dengan menganjurkan “Rakan Muda Day Out” menyumbangkan barangan keperluan asas berupa makanan kepada golongan sasar yang telah dikenalpasti.
Penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh YBhg Datuk Mohd Nizar Bin Dato’ Sri Najib di SMK Seri Bintang Utara,Cheras. Selain keluarga miskin, sumbangan juga memberi tumpuan kepada isi rumah yang terjejas teruk akibat wabak Covid-19 terutamanya sejurus Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa pada 18 Mac lalu.
Sementara itu, seorang penerima, Sarah Dali, 53, mengucapkan rasa syukur dan terima kasih kepada pihak yang terlibat atas sumbangan tersebut yang amat bermakna dalam memenuhi keperluan keluarganya."Kami amat menghargai sumbangan ini atas usaha memberikan bantuan kepada keluarga yang memerlukan. Sumbangan ini sangat membantu terutama pada masa-masa sukar ini," katanya.
Turut hadir bersama En Tony Azman , Timb. Pengarah (Belia) JBSN WPKL, En Anwar Hamid Penolong Pengarah Rakan Muda JBSN WPKL, En Mohd Khairul Azman Bin Dato’ Sri Panglima Abdul Azeez CEO Rakyat United, En Mohd Haizir Bin Salleh Pengetuan SMK Seri Bintang Utara serta TREC KL.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 487
