Kuala Lumpur, 26 Januari 2021 - Pengumpulan barangan keperluan asas sedang dilaksanakan untuk menyantuni dan membantu meringankan beban mangsa banjir. PBSK Batu /Wangsa Maju bersama beberapa NGO sedang merancang untuk melaksanakan MISI BANTUAN PRIHATIN BANJIR yang dijangka akan dilaksanakan dalam masa terdekat ini.
Program ini sebenarnya tertangguh akibat daripada sekatan Rentas Negeri dan PKP yang dilaksanakan kerana kenaikan kes yang semakin membimbangkan. Walau bagaimana pengumpulan barangan masih dilakukan dan akan terus dilaksanakan sebaik saja mendapat kelulusan rentas negeri.
Terima kasih juga kepada semua NGO yang sudi bersama-sama dan membantu menjayakan MISI BANTUAN PRIHATIN BANJIR. sedikit sebanyak dapat melahirkan semangat SUKARELAWAN di kalangan Belia dan masyarakat prihatin di negara kita Malaysia.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 342
