- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 556
PROGRAM SANITASI PRIHATIN RAKYAT PPR LAKSAMANA DAN SUMBANGAN MAKANAN ASAS.
9 FEB 2021, TITIWANGSA-Program Sanitasi Prihatin Rakyat di mulakan hari ini di PPR Hiliran Ampang dengan kerjasama kontijen Bomba dan Penyelamat WPKL, sukarelawan Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Kebarangkalian untuk jangkitan COVID-19 merebak di kawasan yang berkepadatan tinggi seperti di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) amatlah mudah. Justeru itu, inisiatif ini diharap dapat mengekang penularan jangkitan COVID-19 di kalangan penduduk. Teruskan menjaga SOP yang telah di tetapkan oleh kerajaan. Pakai pelitup muka dan pastikan selalu basuh tangan. Sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan memeriahkan lagi sambutan mereka tatkala negara kita masih bergelut dengan wabak COVID19.Kami juga turut menjalankan program sanitasi di seluruh kawasan PPR Laksamana dengan kerjasama KPKT Malaysia,KBS Malaysia serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur. Bersempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina pada tahun ini, satu program bantuan makanan kepada penduduk telah dilaksanakan dan YB Timbalan Menteri berkesempatan mengagihkan pek makanan asas kepada penghuni PPR Laksamana.
Disediakan Oleh : Cik Noraini binti Zainudin (PBSK Titiwangsa/ Setiawangsa)
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 556
