2 Feburari 2021, Selasa – Satu pemeriksaan sambungan internet di ruangan pejabat Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Seputeh telah dijalankan oleh pihak pentadbiran JBSWPKL bersama pihak teknikal luar. Pemeriksaan ini dilakukan susulan laporan yang dihantar kepada Bahagian Pentadbiran, JBSWPKL berkenaan tiada sambungan internet di beberapa komputer pejabat. Pegawai PBSK Seputeh berterima kasih atas bantuan yang diberikan dan berharap dapat melancarkan penyampaian perkhidmatan yang lebih baik selepas ini.
Kuala Lumpur, 23 Februari 2021 -Pbsk Batu /Wangsa Maju turut sama mengadakan membantu KBS dalam mempromosikan penyertaan Malaysia Youth Volunteer Vacine Mobilization (MYVAC) kepada sukarelawaan belia rakan muda di batu /wangsa maju pada hari ini secara atas talian.
Penyertaan terbuka kepada semua belia. Jom daftar sebagai skuad sukarelawan belia (MYVAC) bagi membantu rakyat Malaysia di 600 pusat pemberian vaksin seluruh negara.Pendaftaran boleh dibuat melalui link berikut https://tinyurl.com/MYVAC-REG
Pejabat belia dan Sukan Kawasan Batu /Wangsa Maju mengalu-alukan sukarelawan bg suntikan vaksin.
Kuala Lumpur, 20 Februari 2021 -Telah berlangsung Taklimat Sport Bubble Volunteer bagi Pejabat Belia dan Sukan Batu /Wangsa Maju pada hari ini jam 11.00 pagi secara atas talian.
Taklimat berkenaan telah disampaikan oleh Encik Anuar bin Hamid, Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBSWPKL dan dihadiri oleh sukarelawan daripada kawasan batu / wangsa maju, seputeh / bukit bintang, cheras / bandar tun razak dan putrajaya.Turut serta dalam sesi taklimat tersebut semua pegawai dan kakitangan PBSK Batu / Wangsa Maju.
Di dalam taklimat tersebut, sukarelawan diberi penerangan secara umum mengenai Program Rakan Muda Sport Bubble Volunteer dan tugas setiap sukarelawan yang terpilih kelak.
Kuala Lumpur, 19 Februari 2021 -Sempena menyokong Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan ke 38 tahun 2021 pada hari ini bertemakan "lebih baik cegah". Justeru memakai pakaian berwarn putih di pohon pada hari ini sebagai tanda sokongan terhadap program ini.
Turut serta dalam menjayakan program ini ialah Encik Lalkhasman bin Mohamad Nor, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, PBSK Batu / Wangsa Maju.
Bukit Kiara, 17 Februari 2021 - Satu Mesyuarat Pengurusan Dalaman PBSK Batu / Wangsa Maju bil. 1/2021 telah diadakan secara atas talian pada hari ini bagi membincangkan hal ehwal pentadbiran dan pengurusan PBSK Batu Wangsa / Maju.
Mesyuarat berkenaan telah dipengerusikan oleh puan Norsafinah binti Haya selaku Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju dan dihadiri oleh semua pegawai dan kakitangan PBSK Batu / Wangsa Maju.
Selain itu, dalam mesyuarat berkenaan turut menyentuh berkenaan pemantauan SOP premis sukan dan rekreasi ,skim perantisan nasional dan sport bubble volunteer yang akan dijalankan pada tahun ini.
Kuala Lumpur, 11 Februari 2021 – Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju pada hari ini bertuah apabila Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk, Tn. Hj Gulam Muszafar Gulam Mustakim membuka ruang jalinan kerjasama antara PBSK Batu/ Wangsa Maju dan MPP Zon Batu dalam pelaksanaan program belia dan sukan di Parlimen Batu. Dalam perbualan ringkas beliau bersama Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju, Puan Safinah Haya usai sahaja selesai Program 1 Tablet 1 Keluarga anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Beliau yang merupakan alumni Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Batu teruja untuk bekerjasama dengan PBSKBWM bagi menggerakkan agenda pembangunan belia dan sukan massa di kawasan Parlimen Batu kerana “jiwa belia” masih menebal dalam diri beliau walaupun sudah pun menjangkau usia emas.
Turut bersama dalam perbincangan tersebut YDP GPMS Cawangan Batu, Muhammad Fauzi Markanah @ Hj Mohd Osman.
Kuala Lumpur, 13 Februari 2021 – Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju (PBSKBWM) dengan kerjasama Smart Digital Marketing Centre Malaysia PLT telah menganjurkan Program eBENGKEL KEMAHIRAN DIGITAL: PANDUAN SEVEN VIRTUAL MARKETING ZERO COST secara percuma untuk usahawan-usahawan dan bakal usahawan pada 13 Februari 2021 melalui aplikasi Zoom.
Program yang berlangsung selama 2 jam itu merupakan salah satu daripada 12 siri yang akan dihidangkan kepada seluruh rakyat Malaysia secara percuma. Siri kali ini menampilkan penceramah Sifu Linda yang berkongsikan mengenai kaedah-kaedah mencipta logo, poster dan video pendek untuk mempromosi dan memperkenalkan perniagaan kepada masyarakat umum tanpa menggunakan modal.
Bengkel ini turut disertai oleh pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju.
Kuala Lumpur, 11 februari 2021 – Seramai 10 orang pelajar daripada golongan B40 yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini menarik nafas lega apabila terpilih untuk menerima sebuah tablet bagi membantu proses pembelajaran mereka sepanjang pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Dari Rumah (PdPR) oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Inisiatif 1 Tablet 1 Keluarga ini adalah hasil usaha Gabungan Pelajar Melayu Semananjung (GPMS) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang telah melancarkan tabung kutipan sumbangan setelah menerima pelbagai maklumbalas dan aduan daripada pelajar-pelajar di sekitar Kuala Lumpur berhubung kemampuan mereka untuk memiliki peranti bagi tujuan PdPR.
Sdr. Khairul Rizam Dato Abu Samah, Pengerusi GPMS Kuala Lumpur dalam ucapannya dipetik sebagai berkata, Parlimen Batu merupakan perintis kepada program 1 Tablet 1 Keluarga dan program ini akan diteruskan ke seluruh Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Majlis penyerahan peranti tersebut dimulakan dengan majlis menandatangani Memorandum Kerjasama antara GPMSWP dan Persatuan Penduduk Perumahan Awam Sri Perak, Bandar Baru Sentul bagi memberi sokongan pelajar dalam penggunaan dan bantuan data internet.
Turut hadir, Tn. Hj. Gulam Muszafar Gulam Mustakim, Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Parlimen Batu dan Pn Nor Safinah Haya, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Batu/ Wangsa Maju.
Sungai Besi, 4 Februari 2021 -Telah berlangsung pada hari ini Program Penyerahan Barangan Bantuan Banjir anjuran Kelab Guru Besar Kuala Lumpur dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Batu / Wangsa Maju bertempat di Sekolah Kebangsaan Jalan Sungai Besi 2.
Turut hadir Encik Lalkhasman bin Mohamad Nor, Penolong Pegawai Belia dan Sukan, PBSK Batu / Wangsa Maju mewakili Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Batu /Wangsa maju.
Terima kasih juga kepada semua guru yang sudi bersama-sama dan membantu menjayakan BAaNTUAN BANJIR ini.