KUALA LUMPUR, 19 Februari 2021, Telah berlangsung Program Infaq Artis anjuran Yayasan Iltizam Banafee dengan kerjasama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Wilayah Persekutuan hari ini.
Program yang mendapat tajaan daripada OKU Sentral itu memberikan sumbangan kepada 150 penerima yang terdiri daripada GTAS – Gerakan Transformasi Anak Seni, Persatuan IRAMA, Buskers dan Yayasan Artis Satu Malaysia.
20 Februari 2021 - Mesyuarat Penyelarasan Majlis Belia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (MBWPKL) dan Majlis Belia Kawasan (MBK) bersama Jabatan Belia dan Sukan W.P Kuala Lumpur Bil 1/2021 telah selesai dijalankan.
Mesyuarat yang dihadiri seramai 44 orang secara dalam talian Google Meet ini dimulakan dengan sesi suai kenal di antara MBWPKL yang diterajui oleh Sdr Mohamed Naseer Mohamed selaku Presiden dan Barisan Kepimpinan MBK serta kakitangan JBS WP Kuala Lumpur.
Mesyuarat juga membentangkan perancangan pelaksanaan program-program tahun 2021 melibatkan program Belia, Sukan dan Rakan Muda.
Tuan Pengarah JBSWPKL, En. Asmori Bin Haji Sa’ahari juga berharap agak kerjasama yang terjalin diantara pihak Jabatan dan MBWPKL sentiasa dipertingkatkan melalui hubungan dua hala yang lebih efisien demi pembangunan belia di Kuala Lumpur.
Serdang, 22 Februari 2021:Pusat Belia Antarabangsa (IYC) telah menganjurkan Lawatan Sambil Belajar Sistem Fertigasi bagi Program Youth Agrocity bertempat di Kompleks Pertanian Serdang.
Lawatan telah disertai seramai 6 orang peserta yang terdiri daripada 2 orang wakil pegawai Jabatan Belia dan Sukan W.P Kuala Lumpur dan 2 orang wakil Persatuan Belia Seri Cempaka.
Sesi pembelajaran telah dikendalikan oleh tenaga pengajar, Encik Azmi bin Mohamed dari Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), Kompleks Pertanian Serdang. Beliau telah memberi tunjuk ajar dan cara-cara yang terperinci berkaitan penanaman teknik fertigasi dan teknik menyemai biji benih.
Peserta juga berpeluang melawat kawasan tanaman yang diusahakan sebagai persediaan awal sebelum Program Youth Agrocity dilaksanakan bermula Mac 2021. Sesi pembelajaran dan lawatan tamat pada jam 12:00 tengahari.
Bukit Kiara, 18 Februari 2021 – Tuan Pengarah JBSWPKL, Tuan Asmori bin Haji Saahari serta diiringi oleh Timbalan Pengarah, Encik Tony Azman bin Hassan telah menyampaikan sijil penghargaan EKSA iaitu Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) kepada PBSK Kepong & Segambut kerana telah melaksanakan EKSA dengan jayanya pada bulan Januari.
Bukit Kiara, 18 Februari 2021 – Tuan Pengarah JBSWPKL, Tuan Asmori bin Haji Saahari telah menyampaikan sijil penghargaan Portal Terbanyak bagi tahun 2020 mengikut kategori Bahagian dan PBSK kepada penerima-penerima anugerah serta diiringi oleh Timbalan Pengarah, Encik Tony Azman bin Hassan. Penerima anugerah penerbitan portal terbanyak 2020 kategori bahagian ialah Bahagian Pembangunan Sukan dan PBSK ialah PBSK Kepong & Segambut. Tuan Pengarah juga menyampaikan sijil penghargaan penerbitan portal terbanyak bagi bulan Januari dan dianugerahkan kepada Bahagian Pembangunan Rakan Muda.
Bukit Kiara, 18 Februari 2021 – Tuan Pengarah JBSWPKL, Tuan Asmori bin Haji Saahari telah menyampaikan sijil pekerja terbaik bulan Januari kepada penerima-penerima anugerah serta diiringi oleh Timbalan Pengarah, Encik Tony Azman bin Hassan. Penerima anugerah ialah Encik Mohd Tun Muazzam bin Mustafa Al-Bakri, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Pembangunan Sukan dan Encik Fitry Azrul bin Nor Saafri, Pembantu Tadbir (P/O) Unit Pentadbiran.
14 Februari 2021, Bukit Kiara Kuala Lumpur - Penyerahan Nota Serah Tugas oleh Encik Muhammad Sollehin bin Hamid, Unit Perolehan JBSWPKL kepada Cik Siti Sarah binti Azizan, Bahagian Pengurusan JBSWPKL. Encik Muhammad Sollehin bin Hamid telah menerima Arahan Penempatan Penugasan Semula Secara Sementara Semasa Tempoh Proklamasi Darurat 2021 Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19 Bilangan 118 Tahun 2021. Arahan ini berkuat kuasa mulai 15 Februari 2021 (Isnin). Beliau diarah melapor diri ke Pejabat Kesihatan Daerah Kepong bagi tujuan penempatan di Hotel Crystal Crown, Kuala Lumpur.
Arahan ini adalah selaras dengan seksyen 4 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang menyatakan bahawa semua pihak perlu mematuhi arahan apabila diminta oleh Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana pihak yang diberi kuasa oleh Yang di-Pertuan Agong untuk menggunakan apa-apa sumber seperti sumber manusia. Oleh yang demikian, penugasan semula secara sementara ini adalah untuk memastikan tadbir urus pandemik COVID-19 dapat dilaksanakan secara berkesan.
Dengan ini, Jabatan mengucapkan terima kasih di atas khidmat yang telah diberikan khususnya di dalam urusan Perolehan Jabatan. Didoakan agar Encik Muhammad Sollehin bin Hamid dapat melaksanakan tugas baru ini dengan cemerlang disamping menjaga kesihatan serta keselamatan diri dalam menggalas tanggungjawab tadbir urus pandemic COVID-19 ini.
21 Februari 2021, Ahad - Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak mengucapkan Tahniah kepada Majlis Sukan Negara (MSN) diatas Jubli Emas 50 Tahun penubuhan MSN.
Pelbagai kejayaan telah berjaya diukir oleh MSN sepanjang tempoh tersebut dan ramai kalangan atlet-atlet legenda turut berjaya memahat nama di persada dunia.
Pegawai dan kakitangan di Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak telah hadir menyaksikan majlis tersebut secara atas talian melalui Facebook rasmi Majlis Sukan Negara.
21 Februari 2021, Ahad - Pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Cheras/Bandar Tun Razak telah selesai menghadiri Program Pembelajaran Teknik Asas Badminton Secara Virtual bersama YBhg. Datuk Misbun Sidek, Legenda Badminton Negara.
Pada sesi kali ini, telah diajar berkaitan Asas Badminton Pukulan Atas Bahagian 2.
Semoga melalui latihan secara virtual ini akan membantu meningkatkan lagi kemahiran dalam sukan Badminton.