Lembah Pantai, 7 Januari- Telah berlangsung program Smart School 2021 di Flat Sri Pahang dianjurkan oleh Persatuan Belia Seri Cempaka bersama UMNO Bahagian Lembah Pantai dengan kerjasama UMNO Cawangan Flat Sri Pahang dan disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Haji Ramlan Askolani Pengerusi Barisan Nasional Kawasan Lembah Pantai merangkap Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai .
Lembah Pantai,6 Januari- Telah berlangsung Program Kembali ke Sekolah 2021 anjuran Persatuan Belia Seri Cempaka. YBhg Datuk Hj Ramlan Askolani Pengerusi Barisan Nasional Kawasan Lembah Pantai telah hadir dan menyampaikan bantuan berupa peralatan sekolah di PPR Kerinchi Blok E disertai bersama Zul Manjalia KC UMNO PPR Kerinchi Blok E. Lebih 100 pelajar menerima bantuan pada program kali ini.
Lembah Pantai, 5 Januari- Program "Smart School 2021" penyampaian sumbangan barang persekolahan anjuran Persatuan Belia Seri Cempaka kerjsama dengan Majlis Belia Kawasan Lembah Pantai.Semoga adik2 lebih semangat untuk memulakan sesi persekolahan 2021.Tahniah kepada semua yang terlibat.
Lembah Pantai, 1 Januari - Program "My School Sesi 2021" penyampaian sumbangan barang persekolahan anjuran persatuan belia seri cempaka kerjasama dengan MAYC Lembah Pantai.Semoga adik2 lebih semangat untuk memulakan sesi persekolahan 2021.Tahniah kepada semua yang terlibat.
Kg. Pandan, 9 Januari - Bahagian Pembangunan Rakan Muda telah menjalankan aktivit "sorting' bagi barang bantuan yang dihulurkan oleh orang ramai untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir yang terkesan di seluruh negara.
Akitiviti tersebut turut disertai oleh Jawatankuasa Majlis Belia Wilayah Persekutuan dan sukarelawan dari Majlis Belia Kawasan Titiwangsa, Persatuan Asrama Belia (MYHA) WPKL dan Kelab Belia PPR Cochrane dengan pembahagian tugas dilakukan dengan membuat proses pengasingan (sorting) baju-baju dan barang keperluan harian yang telah diterima daripada penyumbang untuk Misi Bantuan Bencana Banjir yang kini melanda Malaysia.
Misi Bantuan Bencana Banjir ini telah dilancarkan pada 4 Januari 2021 untuk mengumpul barang-barang keperluan asas seperti pakaian dan barang keperluan harian untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa yang terkesan.
Terima Kasih diucapkan kepada Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Bahagian Pembangunan Rakan Muda , terutamanya Encik Anuar Bin Hamid & Encik Mohd Sudin Bin Mustapha atas ruang dan peluang yang diberikan kepada kami untuk bersama-sama membantu mangsa-mangsa yang terjejas akibat banjir di seluruh negara.
Bukit Kiara, 7 Januari- YBhg Dato' Dr Hajah Wasitah binti Haji Mohd Yusof meluangkan masa untuk bergambar kenang-kenangan bersama Pegawai JBSWP Kuala Lumpur sempena lawatan kerja ke Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang merupakan lawatan pertamanya bagi tahun 2021.
Bukit Kiara, 7 Januari- Telah berlangsung sesi penyampaian amanat Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, YBhg Dato' Dr Hajah Wasitah binti Haji Mohd Yusof bersama Pegawai JBSWP Kuala Lumpur.
Diantara pengisian program adalah pembentangan Profil WP Kuala Lumpur oleh Pengarah JBSWP Kuala Lumpur, YBrs. Encik Asmori bin Haji Sa'ahari dan juga beberapa perkara penting bagi menghadapi tahun 2021 yang penuh mencabar selepas negara dilanda pandemik Covd-19. YBhg Dato' juga mengharapkan warga JBS WPKL mempamerkan kualiti kerja yang terbaik dan meneruskan momentum setiap kecemerlangan yang diperolehi.
Telah berlangsung sesi lawatan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, YBhg Dato' Dr Hajah Wasitah binti Haji Mohd Yusof bersama Pegawai Kanan JBSN dan juga Pegawai JBSWP Kuala Lumpur.
Lawatan ke Gelanggang Sukan Lasak X-Treme Park dan Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara adalah bertujuan untuk menilai proses kerja naik taraf yang sedang dilakukan dan juga mengenai keadaan fasiliti di sekitar Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara.
Para kakitangan Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara menyambut ketibaan Tahun Baru 2021 dengan sederhana dan penuh semangat walaupun negara masih lagi mencatatkan angka yang tinggi bagi jangkitan Covid-19.
Di penghujung tahun 2020, Pejabat Urusan KRM Bukit Kiara telah menerima beberapa unit alat kelengkapan pejabat yang baharu bagi menggantikan kelengkapan-kelengkapan yang telah dimamah usia. Terkini, ruang pejabat kini telah dihiasi dengan set meja pejabat berpartition bagi kegunaan setiap kakitangan Kompleks, set meja kaunter urusan dan set sofa dan meja kopi yang elok terletak di tengah-tengah ruang pejabat.
Usaha menceriakan suasana dalam ruang pejabat masih lagi diteruskan sehingga detik ini. Usaha memelihara dan memulihara keceriaan ruang kerja ini turut dibantu oleh pekerja pembersihan Kompleks.
Sepanjang pelaksanaan kerja-kerja keceriaan tersebut, mereka yang terlibat sentiasa mengamalkan SOP yang telah ditetapkan. #KitaJagaKita