BUKIT KIARA, 26 Januari- Suatu pemeriksaan peralatan ICT dan talian internet Jabatan telah dilakukan secara berperingkat di seluruh Jabatan. Terkini, Encik Muhammad Faisal dan Encik Muhammad Nuramin telah sama – sama turun padang ke Pejabat Urusan KRM Bukit Kiara bagi memeriksa keadaan semasa peralatan ICT pejabat yang memerlukan penambahbaikan. Pemeriksaan menyeluruh terhadap keadaan capaian internet di setiap port Ethernet di pejabat turut dibuat manakala aduan kerosakan berhubung peralatan ICT turut diambil maklum oleh pegawai terbabit.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 388
