Bukit Kiara, 9 Disember 2020 -Satu pemeriksaan fail terhad telah dijalankan di Pejabat Belia dan Sukan Kawan Batu / Wangsa Maju pada hari ini. Pemeriksaan ini dibuat bagi memastikan fail terhad sentiasa dikemaskini dan mengikut tatacara fail yang telah ditetapkan.
Pemeriksaan di Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Batu /Wangsa Maju telah dibuat oleh Puan Marina binti Yusoff dan Puan Rosmaria binti Abdul Razak daripada Unit Pentadbiran JBSWPKL. Terdapat satu terguran telah diterima dan pejabat mengambil maklum teguran berkenaan.
KRT SERI SARAWAK,KUALA LUMPUR,10 DISEMBER 2020- Majlis Belia Kawasan Titiwangsa atas inisiatif bersama Yayasan Food Bank dan penaja Roti Massimo telah bekerjasama dalam memberikan bantuan makanan asas kepada penduduk di KRT Seri Sarawak. Program ini telah melbatkan seramai 55 buah keluarga penerima dan diharapkan dengan sedikit bantuan asas ini dapat membantu golongan yang memerlukan. Diharapkan agar lebih banyak bantuan dari pihak-pihak tertentu dalam mengenalpasti mereka yang sangat memerlukan bantuan untuk memerlukan sedikit sumbangan dalam bentuk makanan asas.
16 Disember 2020, Isnin ; Lawatan dan pemeriksaan fail di PBSK Lembah Pantai telah dilakukan oleh CC Marina binti dan Pn Rosmaria. Tujuan pemeriksaan tersebut adalah untuk melihat kekemasan kan penstrukturan fail di peringkat Kawasan Lembah Pantai. Pegawai PBSK Lembah Pantai yang terlibat ialah Muhammad mus’ab bin haji mohd borham selaku Pembantu Tadbir di peringkat PBSK Lembah Pantai.
9 Disember 2020, Kuala Lumpur - Lawatan Yang Berhormat Timbalan Menteri Belia Dan Sukan, Wan Ahmad Faizal ke Rhino Arena, Kg Baru. Lawatan ini bertujuan untuk bertukar pendapat dan mendengar permasalahan yang dihadapi oleh pihak pengurusan khususnya dan seluruh operator sukan secara amnya telah terkesan akibat Pandemik Covid -19. Lawatan juga turut disertai oleh Encik Asmori bin Hj. Saahari, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JBSWPKL), Encik Tony bin Hassan, Timbalan Pengarah JBSWPKL, Encik Halman bin Salleh, Timbalan Pengarah Sukan JBSWPKL dan Encik Anuar bin Hamid Penolong Pengarah Rakan Muda JBSWPKL.
PUTRAJAYA, 7 DISEMBER 2020 - Telah berlangsung satu perjumpaan bersama Pengerusi JK Penaja Persatuan Usahawan Belia Putrajaya (Presint 10,11,17) bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Putrajaya diwakili oleh Wakil ROY Tengah , Wakil Persatuan dan Kakitangan PBSK Putrajaya bagi membincangkan cadangan untuk menubuhkan Persatuan Usahawan Belia Putrajaya (Presint 10,11,17). Perbincangan diadakan demi melancarkan lagi proses penubuhan persatuan ini.
5 Disember 2020, Kuala Lumpur: Sempena Hari Kesukarelawanan Belia Malaysia Peringkat WP Kuala Lumpur 2020, pihak JBSWP Kuala Lumpur dan Skuad Sukarelawan Rakan Muda bersama-sama menjayakan Program Rakan Muda Prihatin Frontliners dengan mengagihkan Kit Penjagaan Kendiri kepada petugas. Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Frontliners yang telah bertungkus lumus menjaga keamanan negara disamping menabur bakti tanpa lelah dalam menangani Covid-19.
Terima kasih kepada Tuan Hayadudin bin Atan, Wakil Balai Bomba & Penyelamat Tmn Tun Dr Ismail dan pasukan yang bertugas, Tuan Mohd Eirwan bin Hussain, Timbalan Penguasa Bomba II, Balai Bomba dan Penyelamat Sri Hartamas dan pasukan bertugas, Sarjan 94851 Zakaria bin Zahari, Balai Polis TTDI dan pasukan bertugas, Tuan Mohd Norman bin Marzuki, Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju dan pasukan bertugas diatas sumbangan dan bakti kepada negara. Anda semua luar biasa!!
Balai Bomba Dan Penyelamat Sri Hartamas Balai Bomba dan Penyelamat Sri Hartamas Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju KL Balai Bomba Dan Penyelamat Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur Balai Polis TTDI Balai Polis Sri Hartamas Roadblock Jalan Genting Klang Kem Wardieburn
Bukit Kiara, 7 Disember 2020 - satu pemeriksaan fail merangkumi rekod urusan am dan rekod urusan fungsian PBSK Kepong / Segambut telah diadakan oleh Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran JBSWPKL. Pemeriksaan ini diadakan setahun sekali untuk memastikan semua rekod kerajaan diselaraskan bagi memudahkan capaian maklumat dengan mudah, dan cepat disamping mempertingkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan. Selain daripada itu, panduan serta penerangan berkaitan langkah-langkah penyediaan fail juga diberikan supaya ia dikemaskini dari masa ke semasa.
MPP SUBZON 1 TITIWANGSA DAN P4A, DESA PANDAN, 5 DISEMBER - Majlis Penyampaian Sumbangan COVID-19 2.0 oleh YBhg. Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Pengerusi Yayasan Bena Nusa dengan Kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk Sub Zon 1, Titiwangsa dan P4A. Seramai 150 buah keluarga telah menerima bantuan dan sumbangan daripada Yayasan Bena Nusa. Semoga dengan bantuan yang telah diberikan dapat meringankan sedikit beban mereka yang menghadapi masalah semenjak covid-19 melanda tanah air.
FLAT PKNS JALAN TUN RAZAK, KG. BAHRU, 4 DISEMBER - Malaysia Outreach Volunteer Experience (MOVE) dengan kerjasama MAYC Titiwangsa telah mengagihkan bantuan kepada 7 buah keluarga yang menghadapi sedikit cabaran kesan daripada COVID19. Bantuan yang diberikan adalah barangan makanan basah dan kering. Setakat ini agihan dibuat pada skala kecil dan konsisten insyallah. Doakan kami agar dipermudahkan segala urusan dan kesihatan terjaga. Dalam projek kali ini, MOVE dan MAYC Titiwangsa turut mendapat tajaan hand sanitizer daripada @yide_officialhq dan pinggan dari NGOHUB Asia