23 September 2020, Bukit Kiara - Telah berlangsungnya Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Majlis Sambutan Hari Belia Negara pada pagi ini. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Asmori bin Haji Sa’ahari Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur.
Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras / Bandar Tun Razak telah dilantik sebagai Jawatankuasa Logistik dan Persiapan Tempat bersama-sama Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa / Setiawangsa.
PBSK Cheras / Bandar Tun Razak akan menyelaras berkaitan persiapan tempat dan logistik di Grand Ballroom, Double Tree by Hilton Kuala Lumpur yang akan diadakan pada 29 September 2020 akan datang.
CHERAS, 27 SEPTEMBER - PBSK Putrajaya telah menghantar pegawai menyertai bengkel ini bagi memberi pendedahan kepada peserta dan meningkatkan tahap dan kualiti tadbir urus pertubuhan belia. Ia memberi penekanan penghantaran /Serahan Maklumat Yang Kena Diberi ( MYKD) yang merupakan satu komponaen yang perlu diambil penkenanan bagi setiap pemegang jawatan pertubuhan.
BUKIT KIARA, 21 SEPTEMBER - Dua orang pegawai dari PBSK Putrajaya telah menyertai kursus ini untuk memberi pendedahan kepada peserta sebagai pemimpin Badan Operasi ARP Rakan Muda peringkat Badan Operasi. Peserta mendapat maklumat secara keseluruhan perjalanan ARP Rakan Muda. Malah perserta juga disarankan untuk menyuburkan kembali penyertaan dan penglibatan di peringkat akar umbi.
PUTRAJAYA, 22 SEPTEMBER - Perbincangan telah diadakan diantara Encik Badrul Hanafi dan Wakil Persatuan , Puan Siti Rahayu dan Puan Nurul Huda binti Hamid ( Wakil PBSK Putrajaya ) bagi proses penubuhan persatuan di Putrajaya disamping membincangkan hal-hal aktiviti yang boleh dilakukan oleh belia sepanjang pandemik . Dengan harapan dapat membentuk pelapis yang baru di persada belia.
PUTRAJAYA, 22 SEPTEMBER - Perjumpaanb diadakan bagi embincangkan aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan bagi menghidupkan kembali persatuan yang suram. Perbincangan juga dijalankan bagi menghidupkan Badan Operasi Rakan Muda ( ARPM ) di peringkat putrajaya yang mana belia yang berminat boleh menyertai pelbagai aktiviti yang diminati disamping meningkatkan skil sedia ada dan mempelajari skil baru.
SETIAWANGSA, 26 SEPTEMBER - Setiawangsa Rangers FC (SRFC) membuktikan meskipun berstatus kelab kecil, mereka mampu berdikari sendiri apabila memperoleh sokongan tajaan yang positif. Kelab yang baru berusia dua tahun itu berjaya menarik perhatian sembilan penaja iaitu CRSC Group, Amaxmall, AirAsia, Sunway Avilla, Skyworld, Orangkata.my Sri Ternak Food Mart, Shortea Barbershop dan Voltagehub untuk menaja mereka. Penaung SRFC yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad mengakui berbangga dengan pencapaian kelab itu yang dapat meyakinkan pihak penaja untuk tampil menaja mereka meskipun keadaan ekonomi ketika suram berikutan pandemik Covid-19. Kelab Bola Sepak Setiawangsa Rangers kini sudah mempunyai 250 pemain dari umur bawah lapan tahun selain menubuhkan skuad padang dan futsal wanita yang mendapat sambutan menggalakkan bulan lalu.
Sementara itu, Presiden SRFC, Khushairi Aizad Jamalludin yang juga bekas pemain Selangor dan Kelab Bolasepak AirAsia AllStar mengucapkan terima kasih atas sokongan penaja dan agensi-agensi yang sentiasa memberi sokongan kepada kelab bagi menjayakan pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi. Dalam program ini, Cik Noraini binti Zainudin selaku wakil dari PBSK Setiawangsa turut hadir bagi menerima cenderamata penghargaan daripada pihak Kelab Setiawangsa Rangers FC. Semoga kelab ini akan terus berkembang maju berdasarkan perancangan yang sudah dirangka termasuk tahun depan dan 2022 apabila kelab ini telah menetapkan menyertai Liga AirAsia KL Junior, Liga Bolasepak Kuala Lumpur dan Liga M4.
SETIAWANGSA, 27 SEPTEMBER- Dodgeball adalah suatu permainan di mana para pemain berusaha untuk mematikan pemain-pemain pihak lawan dengan menggunakan bola yang ada pada mereka dan pada masa yang sama mengelak daripada terkena bola yang dibaling oleh pihak lawan. Rencana ini adalah mengenai sebuah sukan berkumpulanyang terkenal dengan peraturan-peraturan yang diubahsuai yang sering dimainkan daslam kelas-kelas pendidikan jasmani di negara-negara di Barat dan pernah ditonjolkan dalam sebuah filem, Dodgeball: A True Underdog Story. Di Amerika Syarikat, permainan ini biasanya dimainkan oleh kanak-kanak sekolah rendah berusia dalam lingkungan 6-12 tahun. Namun begitu, di peringkat antarabangsa, sukan ini juga telah muncul sebagai sukan yang popular di peringkat sekolah menengah, sekolah tinggi dan di peringkat universiti. Ia juga terkenal sebagai permainan informal dan sering dimainkan di taman permainan, di dalam gim, atau dalam liga-liga rekreasi.
Terdapat banyak variasi dalam permainan ini, tetapi secara amnya objektif utama setiap kumpulan adalah untuk mematikan semua ahli pasukan pihak lawan dengan membaling bola agar terkena mereka, menangkap bola yang dibbling pihak lawan, atau memaksa mereka untuk bergerak ke luar sempadan gelanggang apabila bola dibaling ke arah mereka. Selaras dengan perkembangan sukan Dodgeball di Malaysia, Majlis Belia Kawasan Setiawangsa dgn kerjasama Persatuan Penduduk Desa Rejang dan KRT Desa Rejang telah menganjurkan Klinik Sukan Dodgeball bagi memperkenalkan dan mempromisikan sukan Dodgeball di kalangan penduduk di Setiawangsa. Antara pengisian program ialah sesi ice-breaking bersama pemain kebangsaan selain daripada teori, peraturan , prtaktikal dan mini pertandingan.
Secara keseluruhannya program ini mendapat sambutan yang sangat baik di kalangan penduduk Setiawangsa. Program ini telah disempuranakan oleh Peg.Belia dan Sukan Kawasan Setiawangsa, En.Mohd Nazeri bin Ghaib. Tahniah dan syabas diucapkan kepada MBK Setiawangsa atas penganjuran program Klinik Sukan Dodgeball ini.
TITWANGSA, 18 SEPTEMBER - Satu mesyuarat Pengurusan PBSK dan Aset telah dijalankan bersama Kakitangan PBSK Titiwangsa/Setiawangsa pada pagi ini bertempat di Bilik Pegawai PBSK Titiwangsa/Setiawangsa, En Mohd. Nazeri bin Gaib. Intipati pesyuarat ini bertujuan untuk perbincangan berkaitan laporan penerimaan aset baru PBSK, laporan program terdahulu dan cadangan pelaksanaan program-program yang akan berlansung pada bulan September dan Oktober bersempena Hari Sukan Negara pada 10 Oktober 2020 akan datang. Bagi menyokong program Hari Sukan Negara, En. Nazeri juga turut mengajak semua kakitangan PBSK untuk bersama-sama mendaftar Program FIT Malaysia Kuala Lumpur Virtual Run & Ride yang akan bermula pada 1 Oktober sehingga 31 Oktober 2020 iaitu larian sejauh 5km atau berbasikal sejauh 30km. Piihak PBSK Titiwangsa/ Setiawangsa juga akan melaksanakan larian 'Virtual RUN' FIT Malaysia Kuala Lumpur ini bertempat di trek Kompleks Belia dan Sukan Kg. Pandan Kuala Lumpur pada setiap hari Selasa bermula jam 8.30 pagi sehingga jam 9.00 pagi. Pihak PBSK Titiwangsa/ Setiawangsa mengalu-alukan kehadiran individu-individu yang berkelapangan untuk bersama-sama menyertai program larian tersebut bertempat di Trek Kompleks Belia dan Sukan WPKL, Kg. Pandan. Untuk maklumat lanjut berkaitan program tersebut, boleh berhubung dengan Cik Noraini binti Zainudin di talian 017-3117542. Untuk makluman, pendaftaran FIT Malaysia Kuala Lumpur Virtual Run & Ride telah dibuka pada 15 September 2020 dan hanya 8,000 pendaftaran terawal sahaja akan menerima medal. Pendaftaran boleh dibuat melalui aplikasi JOM Run https://www.jomrun.com/event/FIT-Malaysia-Kuala-Lumpur-Virtual-Run-Ride-2020
Bukit Kiara, 25 September 2020 - Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur telah mengadakan majlis bacaan yasin bersama kakitangan-kakitangan untuk mengeratkan lagi ukhwah. Majlis bacaan yasin ini dipimpin oleh Encik Muhammad Mus'ab bin Hj Mohd Borham. Majlis ini juga dihadiri oleh Tuan Pengarah JBSWPKL, Encik Asmori bin Hj Sa'ahari. Beliau juga sempat memberi sedikit tazkirah yang bertajuk Berlaku Adil pada Diri Sendiri.