Kuala Lumpur, 23 september 2020, 2.30 petang - Unit Perolehan JBSWPKL bersama Penolong Jurutera KRM, Encik Nuramin telah mengadakan sesi Taklimat dan Lawatan Tapak bagi Perolehan Sebut Harga Kerja Ubahsuai Tempat Latihan Tinju di Pusat Latihan Tinju, Majlis Sukan Negara (MSN) Taman Keramat, KL
Bukit Kiara, 23 September 2020, 10.00 pagi - Unit Perolehan JBSWPKL telah menganjurkan sesi Taklimat dan Lawatan Tapak bagi Perolehan Sebut Harga Kerja Membekal, Memasang, Menguji Serta Menyelenggara Ramp dan Peralatan Sukan Extreme, Jabatan Belia dan Sukan WPKL. Sesi ini diadakan di Extreme Park Bukit Kiara dan dipantau oleh Encik Nuramin, Encik Mohd Idil dan Encik Muhammad Sollehin.
Kuala Lumpur, 23 September 2020 – Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur, Encik Asmori bin Haji Sa’ahari telah membuat satu kunjungan hormat ke MARA Kuala Lumpur pada pagi ini. Kunjungan hormat ini di sambut baik oleh Timbalan Pengarah MARA KL, En. Hishamudin Bin Abu Bakar Kunjungan ini bertujuan untuk sesi perkenalan dan beramah mesra antara JBSWPKL dan pihak MARA. Menjurus kepada perbincangan kerjasama antara MARA dengan JBSWPKL dalam program-program yang boleh dianjurkan bersama.
Bukit Kiara, 23 September 2020 – Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur telah menerima lawatan mengejut Pegawai Integriti Encik Mohd Rizuan bin Izhan, Puan Aslina binti Mohd Ali dan Encik Abdul Hakim bin Mohd Jabal dari Kementerian Belia dan Sukan untuk membuat pemeriksaan secara menyeluruh. Pemeriksaan melibatkan laporan kad perakam waktu, fail sulit pertukaran serta memeriksa kehadiran pegawai dan kakitangan pada hari ini di mesin perakam waktu.
Bukit Kiara, 22 September 2020 – Unit Pentadbiran telah merakam video pendek ucapan kepada Ketua Pengarah JBSN, Yang Berbahagia Datuk Hatipah binti Ibrahim sempena persaraan beliau tidak lama lagi. Ucapan telah diketuai oleh Puan Marina binti Yusoff, Ketua Pembantu Tadbir.
Bukit Kiara, 22 September 2020 – Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur telah mengambil seorang Pekerja Sambilan Harian (PSH) yang ditempatkan di Unit Pentadbiran. Encik Muhammad Faisal bin Mohd Basir telah dilantik sebagai PSH dan melapor diri di Ibu Pejabat pada 22 September 2020. Ketua Pembantu Tadbir, Puan Marina binti Yusoff telah membawa Encik Muhammad Faisal bertemu dengan semua kakitangan di ibu pejabat untuk sesi suai kenal.
Bukit Kiara, 18 September 2020 - Pada 13 hingga 15 September 2020, telah berlangsungnya Kursus Perakaunan dan Kewangan & Sesi Perjumpaan Ketua Akauntan Bersama Pegawai Skim Perkhidmatan Perakaunan Kementerian Belia dan Sukan. Ketua Pembantu Tadbir Kewangan, Puan Norulaishah binti Abdul Rasid serta Pembantu Tadbir Kewangan, Cik Nur Affieza binti Ismail telah menghadiri kursus tersebut. Kursus itu telah diadakan di Bayou Lagoon Park Resort, Melaka. Kursus ini bertujuan untuk memberikan lagi ilmu pengetahuan berkaitan perakaunan serta kewangan dan memantapkan lagi hasil kerja pegawai skim Perkhidmatan Perakaunan Kementerian Belia dan Sukan.
Kampung Pandan, 18 September 2020 - Ketua Pembantu Tadbir, Puan Marina binti Yusoff serta Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Encik Mohd Helmi bin Fadzil semalam telah melakukan pemeriksaan perpindahan aset PBSK Bukit Bintang dari UTC Kuala Lumpur. Pemeriksaan dilakukan untuk memastikan tidak berlakunya sebarang kehilangan aset atau kerosakan pada aset. Pemeriksaan dilakukan di Kompleks Belia dan Sukan Kampung Pandan, memandangkan aset-aset itu telah dipindahkan kesana
Bukit Kiara, 18 September 2020 –Seperti kebiasaan setiap minggu pada pagi Jumaat Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur mengadakan majlis bacaan yasin bersama kakitangan-kakitangan untuk mengeratkan lagi ukhwah. Majlis bacaan yasin ini dipimpin oleh Encik Sofian bin Ismail. Majlis ini juga dihadiri oleh Tuan Pengarah JBSWPKL, Encik Asmori bin Hj Sa'ahari dan Timbalan Pengarah Belia, Encik Tony Azman bin Hassan.