
TITIWANGSA,10 SEPTEMBER - Bagi menjalinkan hubungan baik antara agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan, MBK Titiwangsa atas inisiatif bersama badan gabungan MBK Titiwangsa telah menganjurkan Majlis Santai Ramah Mesra antara Badan Gabungan dengan Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa pada 10 September 2020 bertempat di Tree Steak House, Keramat, Kuala Lumpur. Dalam majlis santai tersebut semua badan gabungan MBK Titiwangsa yang terdiri daripada Gerakan Belia 4B, GPMS, MAYC, GBBJ dan ABIM turut hadir bagi menjayakan majlis tersebut. Antara pengisian majlis ialah penyerahan bantuan pentadbiran kepada badan-badan gabungan MBK Titiwangsa bagi menggelakkan lagi badan gabungan untuk melaksanakan program di peringkat pentadbiran masing-masing. Diharapkan agar adanya majlis seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan dan PBSK Titiwangsa dan Majlis Belia Kawasan Titiwangsa.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 505
