- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 1212
PBSK TITIWANGSA/ SETIAWANGSA TERIMA BAJU DAN MEDAL PESERTA FIT MALAYSIA VIRTUAL RUN

TITIWANGSA, 21 OGOS- Pejabat Belia dan Sukan Titiwangsa/ Setiawangsa hari ini telah menerima medal dan baju program Fit Malaysia Virtual Run 2020. Sebanyak 243 penyertaan melibatkan peserta dari Kawasan Titiwangsa dan Setiawangsa untuk larian virtual yang julung kali diadakan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Program FitMalaysia merupakan program yang sinonim sebagai salah satu program ikonik KBS yang sentiasa ditunggu-tunggu oleh masyarakat. Walaubagaimanapun, situasi semasa berikutan penyebaran virus Covid-19 yang menyerang negara pada bulan Februari yang lalu, KBS kembali dengan FitMalaysia Virtual Run 2020 yang dilaksanakan sepanjang tempoh PKPP. Larian virtual ini dibuka secara percuma kepada semua golongan masyarakat yang melibatkan jarak sejauh 10km bermula 1 – 31 Ogos 2020 di mana pendaftaran dilakukan melalui pautan https://www.jomrun.com/event/Fit-Malaysia-Virtual-Run-2020. Setiap penyertaan yang menghabiskan larian virtual 10km akan menerima sijil digital dan hanya 10,000 peserta pertama mendaftar yang akan menerima medal. T-shirt ekslusif FitMalaysia Virtual Run 2020 juga boleh didapati dengan hanya RM19 dan dari setiap pembelian sebanyak RM3 akan disumbangkan kepada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB). Pengambilan T-Shirt dan medal bagi yang memilih Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa sebagai lokasi pengambilan , boleh mula mengambil T-Shirt (bagi yang telah membeli secara online sahaja) dan medal bermula pada 1 - 30 September 2020 di Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa, D/A Tingkat 2 Kompleks Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 4029 Jalan Kampung Pandan, 55100 Kuala Lumpur. Waktu pengambilan adalah bermula pada jam 10.00 pagi hingga jam 4.00 petang. Semua peserta yang ingin mengambil T-Shirt dan medal perlu menunjukkan bukti E-Tiket dalam pendaftaran Jom Run. Sebarang pertanyaan berkaitan pengambilan T-Shirt dan medal Fit Malaysia Virtual Run bagi Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa, boleh berhubung dengan Cik Noraini binti Zainudin di talian 017-3117542 atau Pn. Nadia binti Badaruddin di talian 013-3321033
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 1212



