
BUKIT KIARA, 17 OGOS - Kerja pemasangan loose furniture (langsir) di Asrama Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara sedang giat dijalankan oleh pihak kontraktor dan dipantau oleh para kakitangan Kompleks. Kerja pemasangan perabot dan kelengkapan bilik asrama tersebut adalah sebagai penanda aras bahawa kerja menaik taraf bilik asrama yang dijalankan bermula Februari 2019 kini menghampiri fasa akhir sebelum ianya dapat dibuka kepada umum kelak. Encik Javiques Badana Anak Joannis selaku Pegawai Pembangunan Jabatan dan Penolong Pengarah Bah. Pembangunan Sukan turut bersama-sama turun padang bagi melihat sendiri kerja pemasangan yang dijalankan oleh kontraktor.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 774












