- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 778
PBSK BATU/WANGSAMAJU BERSAMA-SAMA MENYANTUNI GELANDANGAN DI RUMAH TRANSIT GELANDANGAN BULATAN PAHANG.

Rumah Transit Gelandangan Bulatan Pahang, 7 Ogos 2020 - Program bakul rezeki ziarah kasih bersama gelandangan Kuala Lumpur telah di anjurkan oleh Persatuan Alumni Penggerak Rakan Muda Malaysia di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur. Program ini bertujuan memberi sumbangan dan menyantuni masyarakat yang kurang bernasib baik yg lebih popular dengan gelaran gelandangan. Mereka antara individu yang tidak mempunyai kediaman, saudara mara dan ada juga yang sebatang kara dan miskin di tengah kesibukan kota raya. Sebagai inisiatif dan keperihatinan persatuan ini turut membantu dan memberi sumbangan serta melibatkan penyertaan bersama beberapa agensi seperti Kementerian Belia Dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan ngo lain dalam program tersebut. Program ini telah disempurnakan dengan penyampaian sumbangan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WPKL, Tuan Asmori Sa'ahari dan turut hadir sama Pengarah Cawangan Pos khidmat Negara En. Nizam Mad. Daud serta Penolong Pengarah Rakan Muda WPKL, Pegawai Belia dan Sukan Titiwangsa/ Setiawangsa dan Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Batu/Wangsamaju. Program ini menunjukkan keperihatinan anak muda kepada masyarakat yang kurang bernasib baik dan dengan harapan mendapat perhatian semua pihak untuk bersama membantu dan mengharapkan mereka akan berubah ke arah yang lebih baik pada suatu hari nanti. Program ini juga mengharapkan agar dapat memberi dorongan kepada mereka untuk terus berdikari dan bertanggungjawab kepada diri sendiri serta keluarga dan masyarakat suatu hari nanti. Pelbagai pihak masih mengharapkan golongan ini akan diberikan perhatian dan sumbangan agar tidak dibiarkan yang mana akhirnya menjadi sampah masyarakat. Program ini berakhir dengan pemberian sumbangan dan bergambar serta ke lokasi seterusnya di Perkarangan GM plaza Chow Kit bagi meneruskan program penyampaian sumbangan Bakul Rezeki Ziarah Kasih bersama Gelandangan Kuala Lumpur.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 778