
BUKIT KIARA, 8 OGOS- Stadium Extreme Games di Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara tanpa dapat disangkal merupakan salah satu lokasi tumpuan orang ramai bagi menjalankan aktiviti sukan lasak dan juga aktiviti-aktiviti riadah yang seumpamanya. Selain daripada kemudahan sukan yang mengikut piawaian antarabangsa, terdapat sebilangan gerai dan kiosk yang beroperasi di bangunan Stadium itu sendiri. Stadium yang menempatkan dua (2) buah gerai makanan dan empat (4) buah kedai peralatan sukan lasak semestinya turut menjadi tumpuan para pengunjung yang ingin menjamu selera ataupun sekadar ingin membasahkan tekak setelah bersukan. Sekiranya anda berkunjung ke Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara, jangan lupa untuk singgah ke gerai-gerai tersebut sambil menikmati persekitaran yang nyaman walaupun di tengah-tengah kebingitan kota dan orang ramai yang turut sama bertandang. Mana tahu ada peralatan sukan yang berjaya menambat hati, apatah lagi hidangan yang pelbagai di gerai makanan yang pasti membuka selera anda. #JomSapotLokal dan jangan lupa untuk jaga jarak anda!
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 752