- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 417
GERAKAN BELIA 4B (M) KAWASAN SETIAWANGSA ANJURKAN PROGRAM URBAN BATTLE MOBILE LAGEND ZON KERAMAT
27 MAC - Program e-sukan buat julung kalinya dianjurkan oleh GErakan Belia 4B (M) Kawasan Titiwangsa melibatkan penyertaan 16 Pasukan seramai 80 orang peserta berusia 15 hingga 30 tahun telah berjaya diadakan di Dewan Masjid Al-Akram, Kg. Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Program yang mendapat sumbangan dari Yayasan Bena Nusa yang dipengerusikan oleh Dato Seri Johari bin Abd Ghani, MPP Titiwangsa, Majlis Sukan WP Kuala Lumpur , dan Penaja utama Gula Momo Cafe yang telah banyak memberi manfaat dan peluang kepada para belia khususnya di zon Datuk Keramat untuk mempamerkan bakat serta mengasah kemahiran mereka dalam e-sukan selaras dengan objektif penganjur. Program yang telah bermula sekitar jam 9 Pagi untuk sesi pendaftaran peserta diikuti dengan taklimat pertandingan oleh ketua Pengadil sebelum perlawanan peringkat kumpulan dimulakan tepat jam 10 pagi. Perlawanan peringkat separuh akhir telah dimulakan pada sekitar jam 2 petang melibatkan 4 pasukan iaitu juara bagi setiap kumpulan terdiri daripada pasukan MIX, YOLO, JULING SQUAD DAN KOG ESPORT. Penyertaan Pasukan MIX dalam pertandingan ini Seperti pucuk dicita ulam mendatang, tampak membuahkan hasil selepas berjaya merangkul kejuaraan dengan membawa pulang RM 500. Tidak Ketinggalan ucapan tahniah juga kepada pasukan Yolo ditempat ke 2 serta pasukan Juling Squad dan KOG Esport ditempat ke 3 dan ke 4. Pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih juga ditujukan kepada agensi yang telah bekerjasama dalam menjayakan program ini termasuklah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Cawangan Titiwangsa yang menyediakan kemudahan logistik untuk kegunaan peserta dan penganjur dan juga kepada Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur dan E-Sport Kuala Lumpur Association diatas sokongan yang telah diberikan.
Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 417
