- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 769
"DRY RUN" Pusat Pemberian Vaksin - Pegawai Pejabat Belia dan Sukan Kawasan (PBSK) Kepong / Segambut Turut Serta.
Stadium Titiwangsa, 29 Mac 2021 - Hari ini bertempat di Stadium Titiwangsa telah diadakan sesi "Dry Run" Pusat Pemberian Vaksin. Sesi ini telah disertai oleh PBSK Kepong / Segambut, Cheras / Bandar Tun Razak, Titiwangsa / Setiawangsa, Putrajaya dan Seputeh. Encik Mohd Shahrizan Robuan dan Puan Norlida Ismail telah hadir mewakili PBSK Kepong / Segambut. Agensi sahabat yang hadir hari ini adalah ATM, APM, KKM, MKN, MOSTI, DBKL dan beberapa lagi. Sesi ini diadakan untuk mengenalpasti gerak kerja situasi sebenar pusat pemberian vaksin yang akan memulakan operasi pada 1 April 2021 di lima (5) lokasi yang telah dinamakan di sekitar WP Kuala Lumpur. Lokasi bagi pusat pemberian vaksin di Kepong / Segambut / Batu adalah di Pusat Komuniti Manjalara.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 769
