- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 360
PBSK TITIWANGSA/ SETIAWANGSA SERTAI SESI TAKLIMAT DAN Q & A SISTEM E-ROSA BAGI PENGANJURAN KEJOHANAN/ PERTANDINGAN SUKAN DALAM PEMATUHAN SOP SEKTOR SUKAN DAN REKREASI KBS
30 MAC - Bagi mengelakkan kekeliruan berkaitan tatacara permohonan pengajuran acara sukan/ pertandngan, Bahagian Pembangunan Sukan KBS dan Pejabat Pesuruhjaya Sukan (PJS) telah mengadakan sesi taklimat dan Q & A sistem e-rosa bagi penganjuran kejohanan/ pertandingan sukan dalam pematuhan SOP Sektor Sukan dan Rekreasi KBS dan MKN. Tujuan sesi ni dijalankan adalah untuk perbincangan dan perkongsian berkaitan permasalahan dalam tatacara permohonan penganjuran acara sukan diperingkat kebangsaan, negeri atau komuniti setempat. Dalam sesi ini juga, sesi perbincangan dua hala serta pandangan dari semua pegawai sangat diperlukan bagi penambahbaikan pada masa akan datang. PBSK Titiwangsa/ Setiawangsa tidak ketinggalan untuk menyertai sesi taklimat dan Q & A ini iaitu En. Mohammed Nazeri bin Gaib dan Cik Noraini binti Zainudin. Semoga program ini akan dibuat secara berkala bagi perbncangan berkaitan SOP Sektor Sukan dan Rekreasi dari semasa ke semasa.
Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 360
