- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 690
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JBSWPKL SECARA HIBRID, SECARA FIZIKAL DAN ATAS TALIAN
Bukit Kiara, 12 April 2021 – Bahagian Pengurusan JBSWPKL telah menjayakan Majlis Perhimpunan Bulanan yang pertama bagi tahun 2021 secara hybrid, iaitu secara fizikal yang dihadiri oleh Ketua-Ketua Bahagian, Ketua-Ketua PBSK dan Ketua-Ketua Unit, manakala secara atas talian pula dihadiri oleh kakitangan-kakitangan JBSWPKL lain yang berada di pejabat dan juga dirumah. Majlis diadakan secara ringkas dan sederhana memandangkan Kuala Lumpur masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan perlu mematuhi SOP yang ketat untuk mengelakkan penularan gejala Covid-19 berlaku. Dalam majlis tersebut Pengarah JBSWPKL, Encik Asmori bin Haji Sa’ahari turut mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam terutama semua pegawai dan kakitangan Jabatan.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 690
