11 April 2021 - Terima kasih diucapkan kepada Kelab Bina Badan Aerobell kerana terus komited menjalankan aktiviti kecergasan "Fight Against Covid" secara kerjasama dengan PBSK Kepong Segambut di facebook live pada 10 dan 11 April 2021.
Semoga aktiviti seperti ini diteruskan lagi sebagai salah satu aktiviti untuk masyarakat.
Bukit Kiara, 15 April 2021 - Telah diadakan perjumpaan dan taklimat bersama bakal sukarelawan yang akan membantu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Manjalara. Taklimat diberikan oleh Puan Norlida Ismail, Pembantu Belia dan Sukan sebelum dipanggil untuk mengikuti latihan di PPV Manjalara.
Sehingga kini pejabat kami masih membuka peluang dan ruang kepada bakal sukarelawan untuk berkhidmat dalam komuniti. Daftar di www.myvac.com.my .
Bukit Kiara, 12 April 2021 - Tahniah kepada PBSK Kepong / Segambut, Naib Johan antara Bahagian/Unit/ PBSK dalam penghasilan berita untuk portal JBSWPKL sepanjang Bulan Mac 2021.
Berikut adalah keputusan penghasilan berita portal bagi bulan Mac 2021:-
JOHAN : PBSK TITIWANGSA/ SETIAWANGSA
NAIB JOHAN : PBSK KEPONG/ SEGAMBUT
KETIGA (bersama) : PBSK BATU/ WANGSA MAJU & PBSK CHERAS / BTR
Stadium Juara, 11 April 2021 - Perlawanan hari ini merupakan penentuan juara NSL 2021, dan merupakan hari terakhir RMSBV Segambut menjalankan pemantauan SOP.
Terima kasih kepada sukarelawan RMSBV yang telah meluangkan masa dan menyumbangkan tenaga membantu PBSK Kepong Segambut menjalankan pemantauan SOP sepanjang kejohanan ini diadakan bermula 19 Mac 2021.
Encik Mohammad Pauzi Paiman, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Kepong/Segambut hadir sama dalam pemantauan kali ini.
Bukit Kiara, 11 April 2021 :- Netball Super League (NSL) 2021 yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara bermula pada 19 Mac 2021 telah melabuhkan tirainya malam ini dengan kemenangan berpihak kepada KL Wildcats. Perlawanan peringkat akhir dimenangi oleh KL Wildcats dengan menumpaskan Johor Jewels 58 berbalas 48 jaringan.
Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh YB Senator Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia diiringi oleh Encik Asmori bin Haji Sa’ahari, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur serta YB Puan Hajjah Alwiyah Talib, Presiden Persatuan Bola Jaring Malaysia.
NSL 2021 disertai oleh lapan pasukan iaitu KL Wildcats, Johor Jewels, Perak Phoenix, Melaka Mystic, Selangor Angel, Pahang Tulips, Kedah Sunshine dan Negeri Sembilan Venom.
NSL 2021 kali ini telah berjaya dilaksanakan walaupun negara masih bergelut dengan pandemik Covid-19.
Bukit Kiara, 7 April 2021 - Mesyuarat Jawatankuasa Anti Rasuah Bil 1/2021 JBSWPKL telah dihadiri oleh Puan Norlida Ismail. Mesyuarat membincangkan tentang pematuhan tatacara kerja penjawat awam.
Bukit Kiara, 8 April 2021 - Mesyuarat JKPAK Bil 1/2021 dan Kewangan hari ini telah dihadiri oleh Cik Nazra Hanim Ismail. Mesyuarat membincangkan berkaitan aset, serta pengurusan program belia, sukan dan rakan muda.
Putrajaya, 8 April 2021 - Bengkel Pemilihan Soalan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Jabatan Siri 1 Tahun 2021 & Peperiksaan Peningkatan Secara Lantikan (PSL) 2021 telah diadakan di Menara KBS. Encik Muhammad Pauzi bin Paiman, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Kepong / Segambut hadir ke bengkel ini sebagai ahli Jawatankuasa Bengkel.
Cheras, 3 April 2021 - Pemantauan pematuhan SOP telah diadakan di Stadium Bola Sepak Cheras sempena perlawanan Bola Sepak antara Kuala Lumpur City menentang Sabah FC. Perlawanan hari ini melibatkan kehadiran penonton.
Elemen Pemantauan SOP adalah termasuk penggunaan aplikasi MySejahtera, pengimbas suhu, penjarakan fizikal tempat duduk penonton, kemasukan penonton di pintu masuk stadium selain daripada pemakaian pelitup muka.
Terima kasih diucapkan kepada sukarelawan yang membantu, Saudara Theva dan Saudara Lee KC. Turut sama pemantauan hari ini adalah Encik Mohammad Pauzi bin Paiman, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan dan Encik Mohd Shahrizan bin Robuan, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Kawasan.