29 April 2021 -Sempena Lawatan YAB Perdana Menteri Malaysia, PBSK Titiwangsa/ Setiawangsa bersama Cheras/ Bandar Tun Razak telah ditugaskan untuk pendaftaran vaksin dan juga pendaftaran sebagai sukarelawan myvac. Terima kasih diucapkan kepada team Sukarelawan Myvac yang turut membantu dalam mebuat pendaftaran tersebut.
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa
11 April 2021 - Akhirnya 35 orang belia muda daripada kawasan berisiko dadah iaitu PPR Sg Bonus, PPR Air Panas dan PPR Gombak Setia berjaya menghabiskan 6 modul pembangunan modal insan kesukarelawanan. Majlis Graduasi ini telah diadakan d Dewan Nuri Keramat dan pada majlis graduasi tersebut kami membawa tema kesihatan mental untuk memahami adakah anxiety wujud atau rekaan minda belia muda.Bicara ini dikemudikan oleh Saudara Azam Abdullah, Personaliti TV dan panel belia Saudari Fatiha Shuib, Pengasas 1Moment4Them juga aktivis kesihatan mental Fatiha Shuib dan Saudara Azam Abdullah.
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa
BUKIT KIARA, 22 APRIL -Telah berlangsung program gotong-royong memasak bubur lambuk anjuaran Kelab Sukan Kebajikan JBS WP Kuala Lumpur bertempat di kantin terbuka Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara. Aktiviti yang bermula pada jam 9.00 pagi itu dimulakan dengan menyiapkan bahan masakan sebelum aktiviti memasak dilakukan jam 10 pagi.
Program seumpama ini merupakan aktiviti tahunan Kelab Sukan Kebajikan JBS WP Kuala Lumpur di bulan Ramadan bagi membuat agihan kepada setiap warga kerja Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur.
BUKIT KIARA, 21 APRIL- Telah dijalankan lawatan dan perbincangan diantara wakil IMPACT Malaysia iaitu Encik Muhammad Khairul Amir dan juga Pengurus Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara, Puan Intan Saruja berkenaan kerja-kerja naik taraf di gelanggang sukan lasak Bukit Kiara dan juga penyerahan kunci dan aset yang akan diselenggara oleh IMPACT Malaysia selepas selesai kerja-kerja naik taraf yang dijangka akan siap pada Jun 2021.
20 April 2021, Bukit Kiara - Kursus Pengurusan Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Siri 2 WP Kuala Lumpur telah selesai dilaksanakan.
Kursus Siri 2 ini disertai seramai 77 orang peserta melibatkan guru-guru sekolah, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Encik Asmori bin Haji Sa’ahari, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WPKL. Beliau dalam ucapannya berharap agar bakal Pemimpin ARPRM ini dapat membantu jabatan dalam menggerakkan Pembangunan ARP ini sendiri dan supaya hubungan kerjasama dua hala dapat diwujudkan.
Penceramah Siri 2 adalah Encik Rizal bin Mad Zin, Pegawai Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang yang mempunyai pengalaman luas dalam mengendalikan ARPRM ini.
Berakhirnya Siri 2 ini bermakna telah selesai Kursus Pengurusan ARPRM Peringkat WP Kuala Lumpur pada tahun ini. Pihak Jabatan mengucapkan selamat maju jaya dan semoga pembangunan ARPRM ini terus berkembang dalam melahirkan dan menggilap potensi belia di WPKL.
Jalan Ampang, 20 April 2021 - Hari ini bertempat di Pusat Pelancongan Malaysia (MaTIC) telah diadakan perbincangan untuk lokasi International Step Day 2021 yang akan dianjurkan bersama Kelab Fievo, PBSK Kepong Segambut dan MaTIC sebagai penaja lokasi. Program tahunan yang dikendalikan oleh Fitness World Wide Academy, badan antarabangsa yang beroperasi di Afrika Selatan ini telah memilih Kelab Kecergasan Fievo mewakili Malaysia dalam penganjuran berprestij ini. Pemilihan MaTIC merupakan satu langkah bagi mempromosikan semula Malaysia ke persada antarabangsa. Antara negara yang terlibat kali ini adalah Malaysia, Peru, Brazil, Switzeland, Mexico, Equador, Perancis, Itali, Paraguay, Uruguay, Chile, Columbia, Venezuela, Argentina, Bolivia, dan beberapa negara lagi.
Perbincangan hari ini di hadiri oleh Puan Ili Nadia (MaTIC), Puan Siti Belinda dan Encik Zaidi (Kelab Kecergasan Fievo), Cik Nazra Hanim dan Puan Norlida mewakili PBSK Kepong Segambut.
Kuala Lumpur, 15 April 2021-Program Rakan Muda Ramadhan - Klinik Al Fatihah yang dijalankan selama 4 hari telah menamatkan siri terakhirnya. Klinik ini dilihat telah memberi ilmu bacaan surah Fatihah mengikut tartil dan makhraj huruf yang sebenar supaya bacaan yang dialunkan lebih tepat dan jelas maksudnya.
Program Rakan Muda Ramadhan JBSWPKL tahun 2021 menawarkan 3 aktiviti iaitu bacaan Al Fatihah, Tadarus Al Quran serta Hafazan.
PBSK Kepong Segambut menghantar 6 orang wakil bagi menyertai aktiviti iaitu; 1. Nur Akhma Athirah 2. Amirah Aliyah 3. Nur Amalina 4. Siti Nur Izzah 5. Fayzah Addawiyah 6. Fayzah Mardhiah
Webex. 17 April 2021 - Taklimat Petugas PPV secara talian telah diadakan oleh pihak MOSTI bagi menerangkan tugasan petugas semasa sesi pemberian vaksin berlangsung di pusat pemberian vaksin. Taklimat berlangsung selama 2 jam setengah dan disertai oleh sukarelawan dan pegawai belia dan sukan daerah / kawasan. PBSK Kepong Segambut telah dihadiri oleh Encik Mohammad Pauzi bin Paiman dan Puan Norlida Ismail.