29 April 2021, Kampong Bahru - Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak turut serta dalam edaran Bubur Lambuk di Masjid Jamek, Kampong Bahru.
Turut disertai oleh Persatuan Belia Inspirasi dan persatuan-persatuan belia di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
29 April 2021, Kampong Bharu - Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandsr Tun Razak selalu Jawatankuasa Promosi Vaksin & MyVac telah menerima pendaftaran baharu penerima vaksin dalam kalangan golongan warga emas.
Kempen pendaftaran vaksin ini diadakan sempena Program Rakan Muda Ramadan Peringkat WP Kuala Lumpur.
28 April 2021, Kampong Baru - Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak telah diamanahkan untuk bertugas sebagai Jawatankuasa Promosi MySejahtera dan Myvac pada program Rakan Muda Ramadan yang akan berlangsung di Masjid Jamek Kampong Baru pada 29 April 2021.
28 April 2021, Cenderasari - Telah berlangsung Taklimat dan Simulasi Penggunaan Sistem Pendaftaran My Vaksin (MyVas).
Sesi taklimat dihadiri oleh Cik Hazriati binti Abdul Hamid, Penolong Pegawai Belia dan Sukan merangkap pegawai bertanggungjawab Program MYVAC Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak.
Sesi taklimat turut disertai oleh lima orang MyVac yang akan bertugas pada 3 Mei 2021 di Pusat Pemberian Vaksin Kompleks Sukan Desa Tasik.
27 April 2021, Cheras - Telah selesai Mesyuarat Penyelarasan Penyerahan Gelanggang Futsal di Parlimen Bandar Tun Razak.
Gelanggang yang terlibat adalah Gelanggang Futsal Pangsapuri Sri Perindu dan Klinik Cure & Care.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Javiques Badana anak Joannis dan dihadiri oleh wakil Agensi Anti Dadah Kebangsaan, JMB Pangsapuri Sri Perindu dan Kelab Sukan Semilang.
25 April 2021, Cheras - Majlis Perasmian Penutup Program Pengurusan Acara dan Pengaturcaraan Majlis telah diadakan di Dewan Titiwangsa, Kompleks Belia dan Sukan Wilayah.
Program yang telah berlangsung selama dua hari bermula pada hari Sabtu ini telah disertai seramai 20 orang belia di sekitar Bandar Tun Razak. Program ini telah dianjurkan oleh Persatuan Belia Inspirasi dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Encik Javiques Badana anak Joannis, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak. Belia dalam ucapan perasmian penutup beliau menyatakan sokongan kepada persatuan-persatuan belia yang berhasrat untuk melaksanakan program-program sebegini yang memberikan manfaat menyuruh kepada pembangunan belia terutama di Kawasan Bandar Tun Razak.
25 April 2021 - Selaras dengan Sambutan International Step Day, Pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak telah menyertai senaman cardio menggunakan step board secara virtual.
Penyertaan dari Malaysia diwakili oleh Kelab Kecergasan Fievo yang melaksanakan Cardio Step Board secara atas talian.