3 Mei, 2021 3petang Kolej Profesional Baitulmal, KPB Kuala Lumpur - Satu majlis ringkas penyerahan bubur lambuk di adakan di Dewan Terbuka KPB dirasmikan oleh En.Mohamad Nasser, Presiden Majlis Belia WP.Kuala Lumpur. Program adalah anjuran Majlis Belia Kawasan Bukit Bintang dengan kerjasama Surau KPB. Objektif program adalah untuk menggalakkan belia-belia di dalam kerja sukarela terutama di bulan Ramadhan yang mulia sekaligus meningkatkan ketakwaan dan rasa insaf di dalam diri mereka. Pejabat Belia & Sukan diwakili oleh En.Mohd Idil Bin Roslan
LEMBAH PANTAI, 28 April 2021 – Sesi Penilaian Anugerah Perdana Belia Negara 2021 Peringkat Kebangsaan telah diadakan secara atas talian berlangsung seawal jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari bertempat di Pejabat Urusan Kelab Belia Anak Wilayah Lembah Pantai (BAWA)
Kelab Belia Anak Wilayah Lembah Pantai (BAWA) merupakan diantara calon dalam ketagori Pertubuhan Belia yang berjaya melepasi tapisan di peringkat negeri dan seterusya mewakili Wilayah Persekutuan kuala Lumpur selepas berjaya disenaraikan didalam 5 calon akhir bagi Sesi Penilaian Peringkat Kebangsaan.
Turut hadir sama bagi memberikan sokongan moral,wakil daripada Bahagian Pembangunan Belia JBSWPKL Puan Melyani Fitria Binti Indra dan Puan Syarifah Yuliana , wakil daripada Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Lembah Pantai Puan Sity Harianiey Binti Hashim dan En Mohd Hafizuddin Sariy Bin Saneh bagi memastikan persiapan awal serta kelancaran sepanjang sesi penilaian berlangsung. Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Lembah Pantai turut merakamkan ucapan syabas dan tahniah atas pencapaian Kelab Belia Wialayah Lembah Pantai (BAWA) berjaya terpilih berada dikalangan 5 Pertubuhan Belia terbaik di Peringkat Kebangsaan.
Lembah Pantai , 25 April 2021 – Sempena menyambut bulan Ramadhan, Pejabat Belia dan sukan Kawasan Lembah Pantai mengambil peluang mengadakan Program Semarak Kasih Ramadhan dengan Kerjasama daripada Majlis Belia Kawasan Lembah Pantai dan Majlis Tindakan Pengguna Negara Cawangan Lembah Pantai . Program ini adalah merupakan pemberian bantuan khas barangan keperluan harian kepada keluarga yang terdiri daripada golongan yang kurang berkemampuan di sekitar PPR Seri Pantai. Pemberian ini adalah bertujuan untuk membantu meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh golongan ini dalam meneruskan kelangsungan hidup pada ketika pasca covid-19 dan di bulan Ramadhan ini. Keceriaan jelas terpancar diwajah mereka selapas menerima bantuan ini mengambarkan tanda sedikit kelegaan atas bantuan yang diterima. Semoga lebih ramai lagi Kelab dan Persatuan yang prihatin terhadap golongan yang tidak berkemampuan sudi mengadakan program seperti ini pada masa akan datang.
Bukit Kiara, 27 April 2021-perbincangan program kecergasan KL telah diadalan di Bilik Mesyuarat Kiara Ria. Perbincangan ini dipengerusikan oleh Encik Halman bin Salleh, Timb. Pengarah (Sukan). Perbincangan ini tertumpu kepada persediaan bagi penganjuran pertandingan senamrobik secara atas talian (MCO vrobic Challenge) peringkat zon tengah serta perancangan hala tuju badan sukan kecergasan di Kuala Lumpur.
Turut hadir di dalam perbincangan adalah Dr Mastura binti Johar, Presiden Persatuan Kecergasan Kuala Lumpur (KLFIT) dan Puan Siti Belinda binti Mohd Nor, Presiden Kelab Kecergasan Fievo.
BUKIT KIARA, 7 Mei 2021: Telah berlangsung sesi gotong-royong mencantas daun bagi Projek Youth Agrocity Fertigasi Tanaman Terung bertempat di Tingkat 3, Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara hari ini.
Sesi gotong-royong ini melibatkan Ahli Jawatankuasa Youth Agrocity WPKL, beberapa kakitangan, pelajar praktikal serta disertai oleh pegawai dari Pusat Belia Antarabangsa (IYC).
Semasa gotong-royong berlangsung, penerangan secara ringkas turut diberikan meliputi aspek penjagaan dengab memastikan baja disalurkan ke seluruh tanaman dan mengelakkan tanaman daripada dijangkiti serangga dengan penggunaan racun terkawal dua kali seminggu.
Kesemua yang hadir dalam sesi gotong-royong ini begitu bersemangat dalam mempelajari teknik mencantas daun yang betul bagi memastikan tanaman menjadi lebih subur.
BUKIT KIARA, 4 Mei 2021:Telah berlangsung sesi temuduga bagi pengambilan Kedi dibawah Program Skim Perantisan Nasional (SPN)dengan kerjasama Syarikat Kreatif Golf Ideal (KGI)hari ini.
KGI merupakan syarikat bumiputera yang beraktivitaskan sukan golf dimana berobjektif menyalurkan perkhidmatan kedi-kedi lokal untuk kelab-kelab golf di Malaysia.
Selain itu juga mereka giat menganjurkan kejohanan golf dan akademi latihan kedi-kedi terlatih bersama Universiti Putra Malaysia (UPM)di Kelab Golf UniPutra Serdang. Tenaga pelatih di UniPutra Golf juga diiktiraf kelab dan Persatuan Golf Malaysia.
Sesi temuduga ini menawarkan inisiatif kepada kedi-kedi untuk menyambung pelajaran dengan mengambil kursus-kursus yang berkaitan dari segi praktikal(kedi)dan komersial (pembelajaran lanjutan)yang mana akan membantu mereka menjadi pengurus kelab golf, master kedi, pengurus buggy atau didalam administasi sokongan dan akhirnya bekerja di bawah syarikat tersebut.
LEMBAH PANTAI, 28 April 2021: Kelab Belia Anak Wilayah Lembah Pantai (BAWA) telah terpilih di antara lima (5) Pertubuhan Belia yang terbaik di Malaysia pada tahun ini untuk menghadiri Sesi Penilaian Kategori Pertubuhan Belia sempena Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Kebangsaan 2021.
BAWA yang terdiri daripada belia-belia muda yang berusia di bawah 30 tahun telah berusaha mempamerkan persembahan yang terbaik kepada para panel dalam Sesi Temuduga secara atas talian pada sesi penilaian.
WP Kuala Lumpur telah berjaya menghantar calon ke Peringkat Kebangsaan dan telah layak ke Sesi Temuduga bagi ketiga-tiga kategori yang dipertandingkan termasuk Kategori Individu Lelaki pada 26 April 2021 dan Kategori Individu Wanita pada 27 April 2021 yang lalu.
Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur akan selalu memberi sokongan dan dorongan semangat yang berterusan kepada Pertubuhan Belia WPKL dan mendoakan semoga kejayaan berpihak kepada WPKL pada tahun ini.
KG. PANDAN, 27 April 2021:Krew Media JBSWP Kuala Lumpur dan wakil Majlis Alumni Rakan Muda Malaysia mengadakan lawatan tapak bagi Program Konti Kuala Lumpur Episod 3 bertempat di Gimnasium KOMBES, Kg. Pandan hari ini.
Bagi episod kali ini, tuan rumah merupakan Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak dengan kupasan tajuk: “Belia, Sukarelawan dan Usahawan” dan akan bersiaran pada 30 April 2021 jam 11.00 pagi.
Turut hadir semasa lawatan tapak En. Javiques Badana Anak Joannis, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak bersama kakitangan.
BUKIT KIARA, 27 April 2021:Jom saksikan Konti Kuala Lumpur Episod 3 dengan kupasan tajuk: “Belia, Sukarelawan dan Usahawan” anjuran bersama Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur, Majlis Alumni Rakan Muda Malaysia dan Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak.
Siaran kali ini akan menggandingkan Javiques Badana Anak Joannis sebagai moderator bersama dua panel jemputan yang berpengalaman dalam aktiviti Sukarelawan serta bidang Keusahawanan. Panel pertama Saudara Mark Yogaraj S/O Kunasegar merupakan Sukarelawan Belia merangkap Presiden Kelab Sukan Kecergasan Inspirasi. Pengalaman mantan Presiden Pergerakan Inspirasi ini dalam aktiviti Sukarelawan sedikit sebanyak telah memberi inspirasi kepada belia apabila beliau merangkul Johan Kategori Individu bagi Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat WP pada tahun 2018. Pergerakan Belia Inspirasi juga turut menjadi Johan Kategori Pertubuhan di Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat WP Kuala Lumpur pada tahun 2019 dibawah kepimpinan beliau.
Panel kedua pula merupakan Saudari Munsalmah Binti Ismail, Usahawan Belia yang aktif didalam bidang perniagaan antaranya jualan biskut raya dan mempunyai kebun yang luas di Jelebu dengan giat menjalankan aktiviti pertanian di usia muda.
Pelbagai tips dan pengalaman akan dikongsikan oleh para panel pada episod kali ini. Butiran siaran adalah seperti berikut:
Tarikh : 30 April 2021 (Jumaat) Masa : 11.00 Pagi Medium : FB Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur