26 Jun 2021 - Setiawangsa Care berrsama MAYC Setiawansga meneruskan program bantuan makanan kepada penduduk Perumahan Awam Desa Rejang dengan membekalkan bekalan makanan mentah termasuk sayur dan buah-buahan dan menghantar bantuan bekalan sayuran segar hampir 2 tan kepada penduduk PA Desa Rejang bersama wakil penghuni. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam program penyaluran bantuan ini. Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa
19 Jun 2021 - Projek Setiawangsa Care turun padang untuk mengerakkan bantuan dan menyalurkan sumbangan kepada penduduk yang terkesan bersama penduduk setempat. Segala bentuk bantuan telah digerakkan sejurus selepas pengumuman PKPD di kawasan berkenaan. Bantuan termasuk bekalan makanan telah disalurkan kepada penduduk di Perumahan Awam Desa Rejang, Setapak yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula pada 18 Jun - 1 Julai 2021. Terima kasih atas sokongan dari barisan kepimpinan pengurusan, ahli jawatankuasa MPP dan NGO yang terlibat. Semoga lebih ramai lagi agensi atau NGO yang bersama-sama membantu mereka yang amat memerlukan. Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa
Mitec, 24 Mei 2021 - Hari ini telah diadakan mesyuarat bersama agensi sahabat berkaitan dengan perpindahan PPV Manjalara ke Mitec. Perpindahan ini juga melibatkan PPV Titiwangsa. Kedua PPV ini digabungkan dan akan menerima seramai 2000 penerima vaksin sehari. Antara agensi yang terlibat adalah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Kesihatan Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam, serta Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg Dato' Parang Abai @ Thomas, TKSU (Perancangan dan Pembudayaan Sains), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)KBS diwakili oleh Encik Mohammad Pauzi bin Paiman, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Kepong / Segambut , Encik Mohd Nazri bin Gaib, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa / Setiawangsa, Puan Norlida, Puan Nazra Hanim serta Puan Noraini.
3 Jun 2021, Bukit Jalil - Satu lawatan tapak telah diadakan bagi persediaan pembukaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Axiata Arena. Sesi lawatan ini telah dihadiri oleh pihak CITF WPKL, Angkatan Tentera Malaysia, APM, RELA , MOSTI, JBSWPKL dan juga PBSK Cheras/Bandar Tun Razak.