BUKIT KIARA, 6 MEI 2021 – Al-Quran adalah petunjuk dan nur kepada manusia untuk kembali kepada jalan kebenaran seperti firman Allah S.W.T dalam Al-Quran yang bermaksud; “Dengan Al-Quran itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepad sesiapa yang mengikut keredaan-Nya, dan dengannya Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izin-Nya; dan dengannya juga Tuhan menunjukkan mereka jalan yang lurus.” (Surah Al-Maidah, ayat 16)
Al-Quran adalah bahan bacaan sepanjang zaman bagi umat Islam, kemukjizatan Al-Quran tidak dapat disangkal lagi.
Bahagian Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran pada hari Khamis, 6 Mei, sempana World #QuranHour, yang disertai seramai 14 orang peserta. Peserta dibimbing oleh Ustaz Mohd Farhan dan Ustaz Khir Firdaus dari Dar Al-Quran Keramat.
Selesai sahaja Majlis Khatam Al-Quran, Majlis Perasmian Penutup Program Rakan Muda Ramadan Peringkat WP Kuala Lumpur 2021 telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur , Encik Asmori bin Haji Sa'ahari.
Kemaskini Terakhir: 27-03-2026, 15:10:10