KUALA LUMPUR. 8 JUN- Pegawai Rakan Muda, Encik Syafiq Asyraf Bin Zulkarnain telah mendapat peluang mengacarakan program Interaktif Sukan di saluran Sukan RTM selepas memenangi uji bakat yg dijalankan.
BUKIT JALIL. 5 JUN - Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBS WP Kuala Lumpur telah hadir ke PPV Axiata Arena di Bukit Jalil bagi menyertai sesi raptai perjalanan proses vaksinasi di PPV Axiata Arena yang akan bermula beroperasi pada 7 Jun 2021.
Kuala Lumpur, 2 Jun - Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBS WP Kuala Lumpur telah menyertai Mesyuarat Penyelarasan Sukarelawan MYVAC Bil. 5/2021 secara atas talian menerusi applikasi google meet. Antara agenda mesyuarat adalah membincangkan isu-isu berbangkit berkenaan penugasan sukarelawan di PPV.
KUALA LUMPUR, 2 JUN - Pegawai Bahagian Pembangunan Rakan Muda JBS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Encik Syafiq Asyraf Bin Zulkarnain telah melengkapkan dose kedua vaksinasi setelah hadir ke temujanji vaksinasi di MITEC Kuala Lumpur pada jam 2.00 petang.
27 Jun 2021 - Projek “ Frontliners are the modern day warriors “ kali ini adalah kolaborasi bersama Zero Hunger Org dan Pentas Corp telah zmenyumbangkan 200 pek makanan tengah hari kepada “Frontliners” di Bahagian Kecemasan dan Wad Di Raja Hospital Kuala Lumpur (HKL). Sumbangan kali ini adalah hasil tajaan dari IKHLAS yang juga merupakan anak syarikat kepada Air Asia. Ahli Parlimen Belia KL yang juga daripada Kawasan Titiwangsa turut terlibat dalam projek kali ni dan bersama-sama dengan pemuda sekitar kampung baru untuk menyerahkan sumbangan ke HKL. Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa
24 Jun 2021 - Smart Community Center di bawah Majlis Belia Kawasan Titiwangsa kali ini menjadi tumpuan bagi pelaksanaan Sesi Libat Urus Visi Sukan Negara 2030 Peringkat WP Kuala Lumpur. Smart Community Centre (SCC) ini adalah hasil usaha setelah berhempas-pulas selama 4 bulan dan akhirnya DBKL telah memberi kebenaran beroperasi ????? ????????? ?????? (???) – ??? ??????? ????? ????????? ?????? ????? ??????? ?????????? ?????? ????????? ??????? ???????? ????????, iaitu centusan idea bagi membantu dan mewujudkan ruang dan peluang ????????? ??? ???????????? melalui digital kepada belia sekitar yang terjejak akibat wabak COVID-19. Semoga kewujudan SCC ini akan mewujudkan lebih banyak pelaksanaan program secara maya dapat dijalankan dengan lebih banyak dan menjadi pusat tumpuan belia setempat pada masa akan datang. Oleh yang demikian, SCC ini telah terplih untuk pelaksanaan Sesi Libat Urus Visi Sukan Negara buat pertama kalinya dan telah diadakan secara dalam talian . Tahniah diucapkan kepada MBK Titiwangsa atas usaha yang telah dlaksanakan.Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa
BUKIT KIARA, 29 Jun 2021: Jawatankuasa Program Youth Agrocity berkongsi rezeki dengan kesemua Frontliner JBSWP Kuala Lumpur yang terdiri daripada pegawai, kakitangan, pasukan keselamatan dan kebersihan dengan pemberian hasil tanaman terung setiap kali penuaian dijalankan. Projek fertigasi tanaman terung bertempat di Tingkat 3, Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara kini telah menghasilkan lebih daripada 60kg terung semenjak projek dilaksanakan bermula akhir April 2021 yang lalu.Pada masa akan datang, penanaman sayur-sayuran secara teknik hidroponik pula akan menyusul untuk diusahakan oleh ahli selain perancangan untuk menjual kesemua hasil ke pasaran apabila sektor ekonomi dibuka secara menyeluruh oleh pihak Kerajaan.
KUALA LUMPUR, 29 Jun 2021: Unit Pembangunan Ekonomi Jabatan Belia dan Sukan WPKL giat mengikuti program secara atas talian anjuran Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara sepanjang bulan Jun 2021.Diantara kursus yang diikuti adalah Webinar Inspire! Kerjaya Agro KBS : Usahawan Belia Snek dan Makanan Ringan" yang bertujuan untuk memberi pendedahan pada belia tentang cabaran perniagaan snek dan makanan ringan.Selain daripada itu, adalah kursus yang melibatkan Usahawan Belia Tani (Bakeri) melalui penceramah jemputan Pn. Nurul Hidayah binti Mohamad Sukri, Pengurus Kanan Hidayah Cookies Sdn. Bhd yang berkongsi pengalaman berkenaan perniagaan bakeri dan peluang pada belia untuk menambahkan pendapatan.Unit Pembangunan Ekonomi di wakili oleh Puan Normiza Binti Kadar Maidin dan Muhammad Amirul Hakim bin Mohd Rafie juga berpeluang menimba ilmu dalam Pascatuai Mangga Harumanis melalui penceramah jemputan En. Ku Mohd Yusri bin Ku Yaakob, Penolong Pegawai Pertanian, Jabatan Pertanian Negeri Perlis, berkongsi pengalaman dan ilmu berkenaan pascatuai mangga harum manis.
LEMBAH PANTAI, 28 Jun 2021: Kelab Belia Anak Wilayah Lembah Pantai (BAWA) bersama Persatuan Belia Seri Cempaka (PBSC) bergabung tenaga bagi memastikan Program Youth Agrocity Fertigasi Tanaman terung bertempat di PPR Seri Cempaka berjalan dengan lancar.Genap 30 hari projek dilaksanakan melibatkan belia-belia muda yang berusia di bawah 30 tahun dan telah menampakkan potensi yang baik khususnya dari segi penjagaan tanaman serta memastikan kesemua SOP penanaman pokok terung dipatuhi.Projek ini merupakan program berkonsepkan pertanian bandar untuk menggalakkan anak muda menceburi bidang pertanian disamping berpeluang untuk menjana pendapatan sampingan lebih-lebih lagi dalam mendepani Pandemik Covid-19.