27 OGOS, DESA PANDAN -Mesyuarat EXCO MBK Titiwangsa 2/2021 bagi penggal 2018-2020 telah membincangkan pelbagai perkara khususnya dalam usaha membangunkan Belia Titiwangsa yang terjejas akibat COVID-19. Antara isu yang dibincangkan termasuk merangka program-program dalam kluster Pendidikan, Kesihatan, Sosial dan Ekonomi dalam menangani situasi Pandemik COVID-19. Semoga setiap perancangan dan usaha sentiasa dipermudahkan dan mendapat keberkati oleh Allah SWT. Tahniah dan Syabas kepada YB Datuk Seri Rina Mohd Harun, Ahli Parlimen Titiwangsa atas perlantikan semula sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Masyarakat dan Keluarga. Tahniah dan Syabas juga pada YB Datuk Seri Ahmad Faizal bin Azumu atas perlantikan sebagai Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Selamat Bertugas YB dan Terima kasih semua EXCO MBK Titiwangsa
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 251
