BUKIT KIARA, 15 SEPTEMBER -Telah berlangsung dengan jayanya Pertandingan Kuiz Kahoot Online sempena Hari Malaysia 2021 bagi peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2021. Pertandingan yang diadakan oleh Bahagian Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur itu disertai oleh 97 orang peserta yang merebut hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah melebihi RM 500. Para peserta perlu menjawab 25 soalan dengan tepat dan pantas bagi berada di tempat teratas.
Pertandingan ini juga dijalankan secara maya menerusi medium google meet dan facebook live.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 307
