CIRCLE TIME FOR YOUTH AND CAREGIVERS
BUKIT KIARA, 21 September 2021:Mental Illness Awareness and Support Association (MIASA) dengan kerjasama Jabatan Belia dan WP Kuala Lumpur telah mengadakan program Circle Time For Youth And Caregivers yang bertajuk Pencegahan Bunuh Diri - Revolusi Empati sempena Bulan Pencegahan Bunuh Diri. Circle Time, juga dikenali sebagai Sokongan Peer adalah tempat yang selamat untuk individu dengan masalah kesihatan mental untuk bersama berkumpul dan berkongsi pengalaman dalam menempuh isu kesihatan mental. Dalam sesi ini, mereka dapat saling memberikan sokongan, dorongan, dan keselesaan kepada anggota kumpulan yang lain dengan harapan dapat menghentikan stigma dan meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan mental.
Seramai 30 orang menyertai dan Circle Time yang dijalankan dan segala perkongsian dibangkitkan adalah sulit untuk menjamin keselamatan kerahsiaan setiap para peserta. Circle Time yang ke dua kan dilaksanakan pada bulan Oktober yang akan datang.
Jangan Malu untuk turut serta dalam program kesihatan Mental Anak Muda ini agar Kesihatan Mental kita juga turut terpelihara.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 256
