PEMASANGAN BANNER DI PINTU MASUK LEMBAH KIARA TTDI
Segambut, 8 Okt 2021 - Pemasangan Banner telah diadakan pagi tadi di pintu masuk Lembah Kiara. Program ini telah mendapat sokongan dari Taman Persekutuan Bukit Kiara, Jabatan Lanskap Negara.
Segambut, 8 Okt 2021 - Taklimat SOP acara HSN 2021 kepada sukarelawan PBSK Kepong / Segambut oleh Encik Muhammad Pauzi bin Paiman, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Kepong / Segambut.
LONTONG & Co. Ara Damansara TAJA MAKAN SUKARELAWAN HSN 2021 KEPONG DAN SEGAMBUT
Jumaat, 8 Okt. 2021 - LONTONG & Co., Ara Damansara telah berbesar hati memberi tajaan berupa makanan kepada sukarelawan yang membantu PBSK Kepong / Segambut untuk Hari Sukan Negara 2021. Tajaan ini diterima oleh Encik Muhammad Pauzi bin Paiman, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Kepong / Segambut.
HARI SUKAN NEGARA TAHUN 2021 PERINGKAT KAWASAN WANGSA MAJU - AKTIVITI SENAMROBIK DAN KONSULTASI KESIHATAN
Taman Tasik Wangsa Maju, 9 Oktober 2021 -Telah berlangsung Hari Sukan Negara Tahun 2021 peringkat kawasan Wangsa Maju bagi aktiviti Senamrobik dan Konsultasi kesihatan pada hari ini bertempat di Taman Tasik Wangsa Maju. Program bermula jam 9.00 hingga 11.00 pagi
Program berkenaan dianjurkan oleh Majlis Belia Kawasan Wangsa Maju bersama Coach fazz daripada Fazzruslanfit . Peserta terdiri daripada pengunjung taman tasik berkenaan. Aktiviti berkenaan turut di kongsi melalui live di Facebook.
HARI SUKAN NEGARA TAHUN 2021 PERINGKAT KAWASAN BATU - AKTIVITI FREESTYLE CHALLENGE
PPR Intan Baiduri, 9 Oktober 2021 -Telah berlangsung Hari Sukan Negara Tahun 2021 peringkat kawasan Batu bagi aktiviti Freestyle Challenge pada hari ini bertempat di Gelanggang Futsal Blok F, PPR Intan Baiduri. Program berkenaan bermula jam 9.00 hingga 11.00 pagi.
Seramai 45 orang telah meghadiri program ini yang terdiri daripada penduduk PPR Intan Baiduri dengan mengikut SOP yg tetapkan oleh MKN. Program berkenaan dianjurkan oleh Kelab Silabam Kawasan Batu.
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP HARI SUKAN NEGARA TAHUN 2021 ( FREESTYLE CHALLENGE) PERINGKAT KAWASAN BATU
PPR Intan Baiduri, 9 Oktober 2021 - Telah berlangsung dengan jayanya Majlis Perasmian Penutup Hari Sukan Negara Tahun 2021 (Freestyle Challenge) peringkat kawasan Batu pada hari ini bertempat di Gelanggang Futsal Blok F, PPR Intan Baiduri jam 11.00 pagi.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Y.Bhg Kapten (B) Datuk Muhammad Suhaimi bin Yahya, Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur. Turut serta, Presiden Kelab Silambam Kebangsaan. Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju diwakili oleh Puan Norsafinah binti Haya, Pegawai Belia dan Sukan dan Encik Mohd. Safian bin Mat Sahat, Pembantu Belia dan Sukan
Daalam majlis tersebut turut diadakan sesi penyampaian hadiah bagi aktiviti Freestyle Challenge kepada pemenang dan gimik majlis penutup. Turut diselitkan pertunjukan demostrasi Silambam terdiri daripada 5 atlit Persatuan Adithada WPKL.
HARI SUKAN NEGARA TAHUN 2021 PERINGKAT KAWASAN WANGSA MAJU - AKTIVITI FREESTYLE CHALLENGE (VIRTUAL)
Taman Bullion Mewah, 9 Oktober 2021 -Telah berlangsung Hari Sukan Negara Tahun 2021 peringkat kawasan Wangsa Maju bagi aktiviti Freestyle Challenge (Virtual) pada hari ini bertempat di Taman Bullion Mewah pada jam 9.00 hingga 11.00 pagi.
Program berkenaan dianjurkan oleh Majlis Belia Kawasan Wangsa Maju bersama Afiq Tony De Sudoc. Seramai 7 orang peserta telah mengambil bahagian dalam aktiviti berkenaan yang diadakan secara virtual melalui aplikasi google meet dan turut di kongsi melalui live di Facebook
HARI SUKAN NEGARA TAHUN 2021 PERINGKAT KAWASAN WANGSA MAJU - AKTIVITI MY FIT @ HOME (VIRTUAL)
Wangsa Maju, 9 Oktober 2021 -Telah berlangsung Hari Sukan Negara Tahun 2021 peringkat kawasan Wangsa Maju bagi aktiviti My Fit @ Home (virtual) pada hari ini bertempat di Studio Adasandha, Wangsa Maju. Program berkenaan bermula jam 5.00 hingga 6.00 petang secara virtual dan turut di kongsi melalui live di Facebook.
Program berkenaan dianjurkan oleh Majlis Belia Kawasan Wangsa Maju bersama Coach Iza Razak.
PERSIAPAN TERAKHIR MENJELANG HARI SUKAN NEGARA TAHUN 2021 PERINGKAT KAWASAN BATU
PPR Intan Baiduri, 8 Oktober 2021 - Persiapan terakhir giat di jalankan oleh Kelab Silambam kawasan Batu pada hari ini sempena berlangsungnya Hari Sukan Negara Tahun 2021 peringkat kawasan Batu bertempat di Gelanggang Futsal Blok F, PPR Intan Baiduri esok.
Majlis perasmian penutup Majlis Hari Sukan Negara Tahun 2021 (football freestyle) peringkat kawasan Batu akan disempurnakan oleh Y.Bhg Kapten (B) Datuk Muhammad Suhaimi bin Yahya, Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur.