BUKIT KIARA, 5 OKTOBER 2021- Program Youth Agrocity yang telah dijalankan oleh Unit Ekonomi Bahagian Belia Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur memberi impak yang sangat positif dalam membantu ekonomi warga belia di sekitar Kuala Lumpur. Menerusi program penanaman terung di kawasan bumbung Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur, ia dapat membuktikan bahawa aktiviti pertanian boleh dilakukan dimana saja dan mampu dilakukan oleh warga belia. Hasil yang amat menggalakkan daripada penanaman terung tersebut secara tidak langsung membolehkan belia mendapatkan pendapatan tambahan di waktu pandemik covid-19 yang masih berlaku.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 316
