Bukit Kiara, 30 Oktober 2021 - Selamat Menyambut Hari Belia Negara 2021 !! Sambutan tahun ini diadakan secara hibrid, iaitu fizikal mengikut SOP dan bersemuka (juga mengikut SOP di lokasi masing masing). PBSK Kepong / Segambut telah mengadakan live streaming dari Bukit Kiara. Seramai 30 oramg peserta dari pertubuhan dan kelab sekitar Kepong dan Segambut mengikuti aktiviti ini. Terima kasih kepada Pengerusi YMM Segambut, Pengerusi GPMS Kepong, Pengerusi Kelab Belia Kg Melayu Kepong dan sukarelawan MyVac. Semoga aktiviti seperti ini dapat diadakan setiap tahun. Hidup belia!! Dekad Ini Dekad Anda.
Segambut, 14 Oktober 2021 - Tahniah Puan Norzaini kerana berjaya menamatkan Kursus Bahasa Isyarat anjuran KBS yang telah diadakan baru baru ini secara online. Semoga bermanfaat kepada semua.
Putrajaya, 25 Oktober 2021 - Hari ini, bertempat di Hotel Everly Putrajaya telah diadakan National Sports For All Conferens yang melibatkan penggiat dan pengamal sukan tanahair.
Program yang diadakan selama 2 hari ini akan membincangkan berkaitan pembangunan sukan di Malaysia. Jabatan Belia dan Sukan WPKL diwakili oleh Encik Mohammad Pauzi bin Paiman, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Kepong / Segambut bersama Encik Javiques Badana (PBSK Cheras / BTR) dan Encik Halman bin Salleh (Pegawai Pembangunan Sukan JBSWPKL).
Taman Sri Segambut, 26 Oktober 2021 - Lawatan Kerja Pengarah ke Gelanggang Futsal Taman Sri Segambut bagi memantau proses penambahbaikan dan baikpulih gelanggang. Turut serta pegawai2 dari PBSK Kepong Segambut dan Encik Amin dari bhgn pengurusan JBSWPKL.
Bukit Tugu, 26 Okt 2021 - Telah diadakan program fit JBSWPKL bertempat di Bukit Tugu. Program merupakan aktiviti yang dijalankan sempena hari sukan setiap selasa minggu ke 2 & 4.
SESI PENYERAHAN KIT SUKARELAWAN MYVAC KEPADA PUSAT PEMBERIAN VAKSIN AXIATA ARENA
BUKIT KIARA, 20 OKTOBER – Pada hari rabu yang lepas, Bahagian Pembangunan Rakan Muda telah mengadakan sesi penyerahan kit sukarelawan myvac kepada Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Axiata Arena. Sesi ini telah diuruskan oleh salah seorang daripada kakitangan yang bertugas di Bahagian Pembangunan Rakan Muda iaitu Encik Syafiq Asyraf Bin Zulkarnain sambil dibantu oleh seorang pelajar praktikal yang ditempatkan di bahagian tersebut iaitu Muhammad Zunnurain Bin Nor Azam.
Sebanyak 200 kit beserta 200 lanyard disediakan untuk semua sukarelawan yang bertugas di PPV Axiata Arena, Bukit Jalil. Penyerahan kit dan lanyard ini adalah sebagai tanda sokongan dan penghargaan kepada mereka yang bertungkus lumus membantu egara dalam memerangi penularan wabak COVID- 19. Bukan itu sahaja, penyerahan ini diharap mampu memberi semangat kepada para sukarelawan di PPV Axiata Arena untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik sepanjang berlangsungnya Program Imunisasi COVID- 19 Kebangsaan di Malaysia.
Ketika sesi penyerahan, Encik Syafiq Asyraf Bin Zulkarnain tidak ketingalan dalam menzahirkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua petugas- petugas PPV di seluruh Malaysia yang telah berdiri sebaris dengan anggota barisan hadapan seperti doktor- doktor di hospital seluruh Malaysia. Golongan ini harus diberi penghargaan yang sewajarnya kerana sanggup mengambil risiko demi menjayakan usaha negara dari dibelenggu wabak COVID- 19. Akhir kata, marilah kita sama- sama berdoa semoga usaha yang kita lakukan iaitu mengambil vaksin dapat menurunkan kadar jangkitan COVID- 19 dari semasa ke semasa.
BAHAGIAN PEMBANGUNAN RAKAN MUDA JABATAN BELIA DAN SUKAN WILAYAH PERSEKUTAN KUALA LUMPUR MENERIMA SEORANG PELAJAR PRAKTIKAL
BUKIT KIARA, 18 OKTOBER – Pada hari Isnin yang lalu, Bahagian Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JBS WP Kuala Lumpur) telah menerima seorang pelajar praktikal dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban 3. Pelajar tersebut merupakan pelajar Diploma semester akhir iaitu semester 5 dan mengambil jurusan pengajian sukan.
Selain itu, beliau hadir bersama tiga lagi rakan yang lain. Tiga daripadanya juga merupakan pelajar Diploma dan mengambil jurusan pengajian sukan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Seremban 3. Manakala, dua lagi rakan beliau ialah pelajar Ijazah Sarjana Muda di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Selangor Kampus Shah Alam dan mengambil jurusan pengurusan sukan. Keenam- enam pelajar praktikal tersebut telah ditempatkan oleh pengarah di beberapa bahagian di JBS WP Kuala Lumpur, antaranya Bahagian Pembangunan Belia, Pejabat Belia Sukan Kawasan Kepong/ Segambut dan Pejabat belia Sukan Kawasan Batu/ Wangsa Maju. Mereka akan dipantau rapi oleh pegawai di bahagian masing- masing sepanjang tempoh latihan praktikal.
Ketika ditanya tentang asbab- asbab mereka memilih Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JBS WP Kuala Lumpur) sebagai tempat praktikal, rata- rata kesemua pelajar tersebut memberitahu bahawa mereka lebih suka bekerja di pejabat- pejabat sukan. Hal ini demikian kerana, sukan amatlah sinonim bagi diri mereka sejak dulu lagi. Bukan itu sahaja, ada juga pelajar yang mengatakan bahawa beliau sering mendengar khabar- khabar angin yang menarik dan mereka juga cakna tentang reputasi yang cukup baik dari JBS WP Kuala Lumpur. Oleh hal yang demikian, berikut adalah beberapa faktor utama mengapa mereka mahu menjalani latihan praktikal di JBS WP Kuala Lumpur, sekaligus memudahkan mereka menimba ilmu pengetahuan yang baru dengan perasaan yang gembira ketika menjalani latihan praktikal di JBS WP Kuala Lumpur kerana mereka semua akan dibantu oleh barisan kakitangan yang sangat prihatin dan bertanggungjawab. Impaknya, mereka akan menjadi lebih bersedia sebelum mereka benar- benar memasuki alam pekerjaan pada masa akan datang.
23 Oktober 2021 – Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur dengan kerjasama Persatuan Sukan Kecergasan Kuala Lumpur (KLFIT) telah mengadakan Program KBSi GO LIVE peringkat zon tengah yang berlansung selama dua hari secara dalam talian. Program ini bermula 23 Oktober sehingga 24 Oktober 2021 yang melibatkan peserta seramai 30 peserta dari seluruh kawasan zon tengah, Kuala Lumpur.
Turut hadir Pn. Siti Aisyah binti Akahsah, Pegawai Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan dan Professional, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai penceramah sepanjang program tersebut. Program ini merupakan satu platform yang memberikan penekanan kepada konsep pengembangan ilmu pengetahuan di kalangan Instruktur Senamrobik KBS (KBSi) untuk menggunakan perisian digital dalam menjalankan kelas atau aktiviti senamrobik secara atas talian.
PERJUMPAAN BERSAMA PERSATUAN SKATEBOARD KUALA LUMPUR DAN JABATAN BELIA DAN SUKAN WP KUALA LUMPUR
21 Oktober 2021, Bukit Kiara - Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan WPKL telah mengadakan satu perjumpaan dengan Persatuan Skateboard Malaysia. Perjumpaan tersebut membincangkan tentang beberapa perkara antaranya pelancaran skatepark di Kompleks Bukit Kiara. Selain itu, perjumpaan ini juga membincangkan kebenaran menggunakan kemudahan skatepark di Kompleks Bukit Kiara atas tujuan latihan.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En. Asmori Bin Haji Sa’ahari, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur serta Pegawai-pegawai Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan WPKL.