3 SEPTEMBER, Desa Pandan - Hari ini pasukan MOVErelawan telah mengagihkan 5 set bantuan makanan buat keluarga yang menghadapi sedikit cabaran kesan daripada COVID19 terutamanya fasa Lockdown 2. Bantuan yang diberikan adalah barangan makanan basah dan kering. Sehingga kini, agihan dibuat pada skala kecil dan konsisten. Projek kali ini, pasukan ini telah berkolaborasi dengan MAYC Titiwangsa dan tajaan ayam segar daripada MyMarket HQ.Terima kasih untuk individu yang menyumbang dan bersedekah baru-baru ini dalam merealisasikan program ini agar dapat djalankan secarra berterusan.
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 297
