22 OGOS 2021, Desa Pandan - Jalur Gemilang Megah berkibar tatkala tarikh sambutan hari kebangsaan semakin menghampiri. Tidak Mahu ketingalan, Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Pandan Warisan mengambil peluang memeriahkan suasana hari kebangsaan dengan program mengedar dan memasang bendera jalur gemilang di sekitar kawasan Flat Desa Pandan Fasa A. Program yang berkolaborasi bersama KRT Desa Pandan Fasa A ini telah mengamatkan lagi suasana dan kemeriahan di kawasan tersebut. Dalam pada itu, dengan adanya program sebegini, warga belia khususnya ahli 4B dilihat lebih terdedah dengan aktiviti yang sihat disamping dapat menjalinkan ukhwah serta perhubungan yang baik bersama Persatuan Penduduk dikawasan tersebut. Syabas diucapkan kepada Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Pandan Warisan yang telah bertungkus lumus menjayakan program ini.
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 255
