WTCKL, 21 Julai 2021 - Operasi PPV WTCKL diteruskan lagi dengan kehadiran seramai 17 ribu orang penerima vaksin dos 1 dan dos 2. Operasi bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam.
Jaga diri, pakai pelitup muka, sentiasa cuci tangan dengan sabun / sanitizer serta amalkan penjarakan. Aktiviti berkumpul tidak dibenarkan.
19 Ogos 2021 - Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Cheras / Bandar Tun Razak telah hadir ke Program (ProEM) anjuran i-Lead Agensi Kementerian Belia dan Sukan di hari kedua.
ProEM merupakan program yang melibatkan pegawai muda sektor awam dan korporat yang memberikan fokus kepada bagaimana memimpin diri, masyarakat dan negara.
18 Ogos 2021 - Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Cheras / Bandar Tun Razak telah hadir ke Program (ProEM) anjuran i-Lead Agensi Kementerian Belia dan Sukan. ProEM akan dilaksanakan selama 2 hari secara dalam talian.
ProEM merupakan program yang melibatkan pegawai muda sektor awam dan korporat yang memberikan fokus kepada bagaimana memimpin diri, masyarakat dan negara.
1 Julai 2021 - Mesyuarat Penyelarasan Sukarelawan MyVac Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya telah diadakan secara talian melalui aplikasi Google Meet.
Mensyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur. PBSK Cheras/Bandar Tun Razak telah diwakili oleh Encik Javiques Badana Anak Joannis.
14 OGOS 2021, Titiwangsa -Projek Bakul Prihatin Titiwangsa kali ini turur disertai YB Rina bt Mohd Harun yang bersama-sama turun padang ke Parlimen Titiwangsa bagi menyantuni penduduk Pangsamurni Keramat Jaya yang terkesan akibat pandemik COVID-19 selain menyampaikan Bakul Prihatin Titiwangsa kepada mereka. Tempoh PKP kini pasti memberi kesan kepada segelintir penduduk Titiwangsa, ada juga yang sedang dalam proses pemulihan akibat terkena jangkitan virus merbahaya COVID-19. Namun diharapkan sumbangan kecil ini dapat sedikit sebanyak membantu meringankan beban mereka dalam mendepani saat mencabar kini.
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa
11 OGOS 2021, Titiwangsa -Team Sukarelawan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Titiwangsa telah menyampaikan Bakul Prihatin Titiwangsa kepada penduduk sekitar PPR Perkasa, Blok E Desa Pandan, Jalan Satu Kampung Pandan, PPR Laksamana dan Kampung Baru yang kini sedang menjalani kuarantin kendiri akibat jangkitan COVID-19. Krisis penularan pandemik COVID-19 ini pasti memberi kesan kepada segelintir penduduk Titiwangsa tambahan lagi bagi mereka yang tidak dapat keluar mencari rezeki seperti kebiasaan. Diharrapkan agar sumbangan kecil ini dapat sedikit sebanyak membantu meringankan beban mereka. Para Sukarelawan juga telah memastikan agar sumbangan disampaikan tanpa sebarang sentuhan bagi mengelakkan risiko jangkitan. Diharapkan agar mereka yang dijangkiti virus merbahaya ini segera sembuh dan kembali pulih seperti sedia kala.
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa
10 OGOS 2021, Titiwangsa -Team Sukarelawan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Titiwangsa telah menyampaikan Bakul Prihatin Titiwangsa kepada penduduk sekitar Flat Maluri, Jalan Wira, dan Jalan Wirawati. Tempoh PKP kini pasti memberi kesan kepada segelintir daripada penduduk Titiwangsa. Namun saya harap sumbangan kecil ini dapat sedikit sebanyak membantu meringankan beban yang dipikul. Pendaftaran program Bakul Prihatin Titiwangsa juga masih dibuka. Permohonan boleh di buat dengan menghubungi talian 013-8918933. Bukan sekadar bantuan keperluan asas, Pusat Khidmat Titiwangsa jugs menyediakan perkhidmatan Telekaunseling yang beroperasi 24 jam dalam Fasa Pelan Pemulihan Negara ini bagi mereka yang memerlukan bantuan berbentuk sokongan sosial.
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa
13 OGOS 2021, Desa Pandan -Projek MOVE kali ini telah mengagihkan 5 set bantuan makanan buat keluarga yang menghadapi sedikit cabaran kesan daripada COVID19 terutamanya fasa Lockdown 2. Bantuan yang diberikan adalah barangan makanan basah dan kering. Setakat ini agihan dibuat pada skala kecil dan konsisten insyallah. Doakan kami agar dipermudahkan segala urusan dan kesihatan terjaga. Projek kali ini, MOVE berkolaborasi dengan MAYC Titiwangsa dan tajaan ayam segar daripada My Market. Terima kasih untuk MOVE Dermawan yang menyumbang dan bersedekah baru2 ini.
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa
8 OGOS 2021, Keramat -Wakil Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Jalan Keramat hari ini telah berbesar hati membantu dalam melancarkan proses Vaksin Dos Ke 2 di Pusat Pemberian Vaksin Mobile (PPV) Dewan Kompleks Sukan Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Mereka yang bertungkus lumus menyiapkan persiapan semenjak terbit mentari dalam mengedarkan saguhati kepada Penerima Vaksin hari ini. Program yang telah memasuki siri ke 2 ini berjaya mendapat respon yang baik dari penerima dan kakitangan di PPV tersebut. Dalam pada itu, dengan adanya program seperti ini, ianya secara tidak langsung dapat melatih para ahli untuk berkomunikasi bersama masyarakat setempat disamping memupuk semangat kesukarelawanan dalam aktiviti bermasyarakat.
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa