6 OGOS 2021, Desa Pandan -Pengerusi Gerak Remaja Kawasan Titiwangsa merangkap Pengerusi Gerakan Belia 4B Cawangan Pandan Warisan saudara Zulhelmi Bin Sohor, hari ini turun padang untuk menyampaikan makanan yang telah diinfakkan daripada beberapa individu kepada Gerai NASI AYAM BARAKAH, Desa Pandan untuk mereka yang memerlukan. Program yang bermula pada jam 12 tengahari ini, telah diadakan disekitar kawasan desa pandan. Sebanyak 50 bungkus makanan tengahari telah diedarkan. Pihak Gerakan Belia 4B Malaysia Kawasan Titiwangsa ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Gerai NASI AYAM BARAKAH kerana memberi kepercayaan kepada GB4B Kawasan Titiwangsa untuk menyampaikan sumbangan ini.
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 260
