16 Jun 2021 - Mesyuarat Pengurusan Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Bil.2 Tahun 2021 telah selesai diadakan pada hari secara virtual. Mesyuarat telah di pengerusikan oleh YBrs. Encik Asmori bin Haji Sa'ahari, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Encik Javiques Badana anak Joannis selaku Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak telah menghadir mewakili pihak pejabat.
Tahniah Majlis Belia India Malaysia Cawangan Cheras diatas kejayaan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-11.Tahniah Ahli Jawatankuasa Sesi 2021-2024 dan terima kasih atas khidmat bakti kepada Ahli Jawatankuasa Sesi 2018-2021.
WTCKL, 26 Jun 2021 - Taklimat Koordinasi telah diadakan oleh Mejar Fazli Ismail, Penyelaras bersama CiTF WTCKL. Taklimat pagi ini merupakan rutin mingguan bagi memudahkan dan menerangkan perancangan setiap minggu supaya semua proses pemberian vaksin berjalan lancar. Taklimat dihadiri oleh sukarelawan MYVAC, APM, RELA, ATM, WTC serta Pegawai CITF. Semoga usaha dipermudahkan!
WTCKL, 6 Jun 2021 - Taklimat pagi MyVac WTCKL untuk minggu penerima vaksin warga emas & oku. Seramai 7430 orang penerima harian berdaftar bermula 6 Jun 2021 sehingga 15 Jun 2021. Semoga urusan dipermudahkan.
MITEC, 8 Jun 2021 - Taklimat jam 7.30 pagi sukarelawan MyVac di MITEC untuk menjelaskan penugasan sukarelawan. Ianya termasuk tugas di kaunter pertanyaan, stesen saringan, stesen pendaftaran myvas dan ruangan menunggu. Pembukaan MITEC adalah gabungan PPV Manjalara dan PPV Titiwangsa. Selamat bertugas!
WTCKL, 9 Jun 2021 - YB Senator Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal, Timbalan Menteri Belia dan Sukan mengadakan lawatan kerja serta menjalankan tugasan bersama sukarelawan MyVac PPV WTCKL. Turut mengiringi beliau adalah Encik Asmori bin Sa'ahari, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur. YB Senator berpuas hati dengan susunan tugasan MyVac WTCKL. Seramai 120 orang sukarelawan MyVac berdaftar di WTCKL dan bertugas mengikut jadual dan kaunter yang ditetapkan.
Manjalara, 14 Jun 2021 - PBSK Kepong / Segambut telah selesai menerima dos ke2 di PPV Manjalara . Terima kasih kepada Doktor dan petugas PPV Manjalara yang membantu memudahkan proses ini.
MITEC, 26 Jun 2021 - Telah diadakan Program Khas Vaksin kepada ibu-ibu mengandung (Program Ibunisasi) yang dihadiri oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Program Ibunisasi disasarkan kepada 3000 orang dan diadakan selama 2 hari (26 Jun dan 27 Jun 2021).
27 Jun 2021 - Setiawangsa Rangers FC bersama Saudara Khusairi Aizad, Presiden Setiawangsa Rangers FC dan Selebriti Alyssa Dezek dam Armand dalam sesi sembang santai bola pada kali ini secara LIVE Sembang Santai di Instagram Setiawangsa Rangers FC pada jam 9.30 malam. Alyssa Dezek merupakan Individu yang mempunyai “Subscriber” Youtube terbanyak di Malaysia iaitu 4.07 Juta pengikut. Alyssa juga terlibat dalam Persembahan pada awal penubuhan Setiawangsa Rangers FC dari 2018 hingga kini. Alyssa juga terlibat dalam dunia lakonan, Nyanyian, Model dan Pengacaraan dalam kerjayanya. Siapa sangka satu Video Nyanyian Alyssa mendapat lebih 150 juta tontonan di Youtube. Armand merupakan selebriti yang terlibat dalam dunia lakonan, model dan yang terbaharu nyayian. Armand membantu menjayakan Majlis Pelancaran Setiawangsa Rangers pada tahun 2018. Armand merupakan pelakon Filem “Suatu Ketika” yang mengisahkan tentang pasukan bola sepak sekolah. Dan Armand juga merupakan bekas pemain bola sepak bagi pasukan PJ Rangers U14. Tahniag diucapkan kepada SRFC atas penganjuran secara live di media sosial walaupun ketka ini negara masih lagi belum pulih dari covid 19.Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa