BUKIT KIARA, 7 MEI 2021 – Ramai di antara kita yang gemar akan kehijauan. Ada yang meletakkan pokok plastik dan ada juga yang meletakkan tanaman hidup. Persamaan yang ada pada kedua-dua ini adalah warna, iaitu hijau. Warna hijau memiliki arti keseimbangan. Ia memiliki manfaat positif bagi kita, seperti membawa harmoni dalam kehidupan seharian, keseimbangan emosi, dan menyegarkan mata dan fikiran Namun, jika anda menanam tanaman hidup, ia ternyata memberikan manfaat kepada kita. Salah satu manfaat yang kita boleh ambil adalah ia dapat mengurangkan tahap tekanan atau stres seseorang.
Program Youth Agrocity Fertigasi Tanaman Terung pada hari ini telah disertai oleh 2 orang wakil dari Bahagian Pembangunan Rakan Muda iaitu Encik Syafiq Asyraf bin Zulkarnain dan Encik Muhammad Amirul Haikal Bin Hairul Azmi.
Penerangan secara ringkas mengenai program ini diberikan oleh Puan Normiza binti Kadar Maidin selaku Penolong Penyelaras Projek Youth Agrocity WPKL. Cara-cara penjagaan tanaman terung ini juga turut diberikan oleh Encik Muhammad Amirul Hakim kepada 2 orang wakil dari Bahagian Pembangunan Rakan Muda.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 466
