- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 497
Seminar Online Youth Leaderships & Style : Pemantapan Nilai Kepimpinan Secara Dalam Talian
KUALA LUMPUR, 24 April 2021: Telah diadakan Seminar Online Youth Leaderships & Style : Pemantapan Nilai Kepimpinan Secara Dalam Talian anjuran Youth Power Club Putrajaya dengan kerjasama Unit Pembangunan & Kepimpinan Sahsiah, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia Dan Sukan WPKL.
Seminar ini disertai seramai 22 orang peserta secara virtual. Sepanjang seminar berlangsung, peserta diberikan input-input dalam pengurusan organisasi daripada perspektif seorang pemimpin yang disampaikan oleh En. Airol Irwan Bin Limin (Coach Airol) daripada Pro Rev Consultancy & Services.
Para peserta sangat bekerjasama semasa aktiviti latihan dalam kumpulan serta sesi soal jawab. Seminar ini juga telah mendapat reaksi komen dan maklum balas positif daripada para peserta yang merasakan kaedah kursus kepimpinan seumpama ini amatlah bersesuaian serta berkesan dalam tempoh pendemik Covid-19.
- JBS WP Kuala Lumpur
- Hits: 497
