Manjalara, 30 April 2021 - Mesyuarat Penyelarasan Pusat Pemberian Vaksin Dewan Komuniti Manjalara. Pusat ini akan memulakan fasa 2 pada 3 Mei 2021. Seramai 24 orang sukarelawan MyVac akan terlibat di pusat ini secara sepenuh dan separuh masa.
Manjalara, 30 April 2021 - Taklimat Petugas Sukarelawan MyVac Sesi 1 melibatkan 12 orang sukarelawan. Mereka diberi panduan prosedur dan cara kerja semasa sepanjang proses vaksin. Sebanyak 7 kaunter / station perlu dilalui untuk melengkapkan penerimaan vaksin.
Manjalara, 30 April 2021 - Taklimat Petugas Sukarelawan MyVac Sesi 2 melibatkan 12 orang sukarelawan. Mereka diberi panduan prosedur dan cara kerja semasa sepanjang proses vaksin. Sebanyak 7 kaunter / station perlu dilalui untuk melengkapkan penerimaan vaksin.
3 Mei 2021, Desa Tasik - PPV Kompleks Sukan Desa Tasik, Kuala Lumpur telah bermula pada hari ini.
Seramai 12 orang Sukarelawan MyVac bertugas di PPPV pada hari ini dan sebanyak 600 dos pada hari ini bakal diberikan kepada penerima yang terdiri daripada penerima dos kedua, warga emas berusia 80 sehingga 90 tahun.
1 Mei 2021, Kampong Pandan - Telah selesai Majlis Penutupan Kursus Penyembelihan Halal yang merupakan program anjuran Pergerakan Belia Inspirasi dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak serta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Program ini telah dihadiri seramai 30 orang peserta yang merupakan ahli-ahli Pergerakan Belia Inspirasi dan belia disekitar Cheras & Bandar Tun Razak.
Program ini merupakan program kolaboratif diantara NGO setempat dan Pejabat Belia dan Sukan Kawasan yang merupakan satu inisiatif pelaksanaan program pada Bulan Ramadan.
Program edaran makanan di Rumah Titian Kaseh telah diadakan bersama-sama ahli Pergerakan Belia Inspirasi pada sebelah petang nya tadi.
30 April 2021, Cheras - Pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak telah hadir penugasan pemantauan SOP Penganjuran Acara Liga Super Malaysia 2021.
Sesi pemantauan turut disertai oleh seramai 6 orang Sukarelawan RMSBV. Pemantauan melibatkan kawasan pintu masuk penonton dan sekitar Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.
30 April 2021, Kg. Pandan - Telah selesai sesi KontiKL Episode 3 dengan tajuk Belia, Sukarelawan dan Usahawan.
KontiKL telah dikendalikan oleh Encik Javiques Badana anak Joannis, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak selaku moderator dan Panel Mark Yogaraj S/O Kunasegar dan Munsalmah Ismail.
Episode kali ini mengupas mengenai topik sukarelawan dan usahawan yang diusahakan oleh dua panel istimewa ini.
29 April 2021, Kampong Bahru - Sesi edaran flyers Pendaftaran Vaksin COVID-19 telah diadakan oleh Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak dengan dibantu sukarelawan dari Persatuan Belia Inspirasi.
Edaran flyers diadakan di sekitar kawasan Kampong Bahru bagi tujuan promosi pendaftaran Vaksin COVID-19.
29 April 2021, Kampong Baru - Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak telah bertugas sebagai Jawatankuasa Promosi MySejahtera dan MyVac sempena Program Rakan Muda Ramadan Peringkat WP Kuala Lumpur.