10 April 2021, Titiwangsa -Tahniah kepada para Pemenang E-Sport URBAN BATTLE RISE OF TITIWANGSA anjuran Gerakan Belia 4B Zon Kampong Bharu. Terima kasih para penaja dan tetamu yang hadir Sempena Acara Penutup Mobile Legends Rise of Titiwangsa. Acara Perasmian Penutup E-Sport Zon Kampong Bharu bertempat di Majistic Room, Level 8 The Regency Hotel Kuala Lumpur.
Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa
11 April 2021, Kg. Pandan -Tahniah & Syabas seluruh kepimpinan baru yang dipengerusikan oleh Sdra Mohammad Ameyrull Bin Sakiman atas penubuhan Kelab Belia Wawasan Titiwangsa dan Mesyuarat Agung Pertama pada 11/04/2021 di Kompleks Belia dan Sukan WPKL, Kampung Pandan dgn kehadiran seramai 40 org belia/beliawanis. Ucaptama disampaikan oleh YBrs. En Mohammad Nazeri, Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/Setiawangsa dan majlis penyerahan sijil pendaftaran kelab. Semoga kelab ini berperanan sbg agen perubahan membanteras gejala sosial, menjana potensi yang ada melalui saluran yg disediakan oleh pihak kerajaan mahupun pihak2 yg terbabit. Presiden MBK Titiwangsa yang turut hadir dalam mesyuarat agung tersebut juga percaya bahawa orang muda boleh didekati apabila kita mengurus dan mengenali minat mereka. Justeru cabaran pertubuhan belia mengenal pasti minat mereka dan mengaturkan program untuk mereka. Dengan mengenali dan memahami kehendak mereka, pertubuhan belia akan diminati dan ramai yang akan terlibat dengan aktiviti pertubuhan belia serta berjaya meramaikan ahli pertubuhan belia.
Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa
11 April 2021, Kg. Pandan - Program Klinik Badminton KBS Peringkat WP Kuala Lumpur yang dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur , YBrs. Asmori bin Haji Sa'ahari mewakili YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Program ini dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negara, Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri mulai 10-11 April 2021. Turut hadir ialah Presiden Nusa Mahsuri, Dato' Seri Mohd Jalani Dato' Haji Sidek dan Ketua Jurulatih Program yang juga Pengarah Pembangunan Remaja Kebangsaan, Datuk (Dr.) Misbun Sidek. Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa masing-masing turut menghantar 2 orang wakil bagi setiap kawasan untuk menyertai program ini.
Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa
12 April 2021, Setiawangsa -Kementerian Sumber Manusia menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) mengambil inisiatif mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan golongan B40 melalui Program Kerjaya UP (Urban Poor). Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, program berkenaan menyediakan 10,305 kekosongan jawatan daripada pelbagai industri.Program Kerjaya UP yang telah dadakan di Pusat Komuniti Setiawangsa antara lain akan menyediakan perkhidmatan kaunseling kerjaya, klinik penghasilan resume dan temuduga, kaunter sesi pendaftaran perniagaan (SSM), khidmat nasihat keusahawanan dan kewangan, latihan kerjaya serta pendaftaran e-Kasih. Program Kerjaya UP ini adalah tindakan susulan daripada sesi profiling program 'Jom Kerja' Perkeso yang telah dijalankan di beberapa lokasi Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) pada Mac 2021. Dalam program kali ini, YB Senator Wan Ahmad Fayhsal, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia turur hadir bagi meninjau golongan belia yang hadir untuk mendapatkan peluang pekerjaan. Pencari kerja yang berminat boleh mendaftar di https://careerfair.perkeso.gov.my/. Maklumat lanjut berkenaan program ini boleh diperoleh menerusi laman sosial rasmi EISPERKESO di Instagram, Facebook dan Twitter atau layari http://www.perkeso.gov.my/
Disediakan Oleh : Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa
11 April 2021, Kg. Baru -Berlangsungnya AGM MAYC Wilayah Persekutuan pada 11hb April 2021 bertempat di Hotel Tamu, Kg Bharu Kuala Lumpur. Terima kasih diucapkan kpd Mantan Pengerusi MAYC Negeri Wilayah Persekutuan Puan Suzanna Shahrom yang juga merupakan mantan MAYC Titiwangsa diatas segala sumbangan sepanjang beliau menjadi Pengerusi. Tahniah buat Pengerusi MAYC Wilayah Persekutuan yg baru bagi penggal 2021-22 Saudara Roy serta barisan AJK yg dipilih dan dilantik. Puan Ayuni selaku Pengerusi MAYC Titiwangsa dipilih sebagai Timbalan Pengerusi Negeri. Begitu juga Saudara Alfisyahrin, Awalrudin, Mohamad Raffaie dan Cik Puteri Nasya Aqilah dipilih sebagai barisan AJK MAYC Negeri yang baru. Tahniah kepada semua perwakilan dari MAYC Wilayah Persekutuan dan semua yg terlibat secara langsung dan tak langsung dalam menjayakan AGM ini.
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa
2 April 2021, Desa Pandan - Bantuan kali ini adalah kepada 5 buah keluarga yang menghadapi sedikit cabaran kesan daripada COVID19. Bantuan yang diberikan adalah barangan makanan basah dan kering. Setakat ini agihan dibuat pada skala kecil dan konsisten insyallah. Doakan kami agar dipermudahkan segala urusan dan kesihatan terjaga. Projek kali ini, MOVE Projek berkolaborasi dengan MAYC Titiwangsa dan tajaan ayam segar vakum oleh MyMarket juga kerjasama Perbadanan Kampong Bharu dan Kelab Belia Ekspresi. Terima kasih untuk MOVEDermawan yang menyumbang dan bersedekah baru-baru ini.
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa
18 April 2021, Kg. Baru -Gerakan Belia 4B Cawangan Pangsapuri Pasar Minggu Kg. Bharu telah menjalankan program pengedaran bubur lambuk dan nasi berlauk kepada orang awam disekitar Stesen LRT Masjid Jamek. Selain itu, edaran ini turut disampaikan kepada Polis Bantuan di Bangunan Parlimen yang menerima 20 bekas bubur lambuk.
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa
10 April 2021, Setiawangsa -Tahniah diucapkan kepada Cik Syamimi Atiqah kerana berjaya menamatkan 5 sesi latihan sebagai Pembantu Jurulatih bagi Program Tunas Mentari Setiawangsa Rangers. Perancangan kelab untuk menghantar beliau ke Kursus Akar Umbi FAM dan akan melibatkan lebih ramai lagi wanita dalam bidang kejurulatihan di peringkat akar umbi.
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa
10 April 2021, Setiawangsa -Pasukan Bola Sepak Wanita Setiawangsa Rangers FC hari ini telah kembali memulakan lathan setelah sekian lama pasukan ini tidak dapat berlatih secara bersemuka disebabkan wabak covid 19 yang sedang melanda negara ketika ini. Latihan ini bertujuan untu meningkatkan tahap kecergasan disambping pembangunan sukan bola sepak wanita di Malaysia. Latihan yang telah dijalankan di Mini Stadium Titiwangsa ini berjaya mengumpulkan semua peman bola sepak wanta setiawangsa rangers yang sedang mencari bakat-bakat baru sukan bola sepak wanita yang akan digilap oleh jurulatih pasukan ini.
Disediakan oleh : Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Titiwangsa/ Setiawangsa