19 April 2021 - Kursus Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda telah diadakan menggunakan kaedah penstriman langsung melalui aplikasi google meet. PBSK Kepong Segambut telah menghantar 2 penyertaan iaitu Encik Najib Jasmani (Pengakap Segambut) dan Encik Aliff Ajwad Marzuki.
19 April 2021 - Sedang berlangsung sesi taklimat berkaitan pengendalian Sistem MyVac kepada Pejabat Belia dan Sukan seluruh Malaysia. Sesi taklimat telah disampaikan oleh urus setia induk Program MyVac.
Taklimat ini merangkumi pendaftaran, tempahan slot bertugas, dokumen rasmi dan lain-lain berkaitan dilaksanakan melalui Sistem MyVac yang dibangunkan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM).
Pejabat Belia dan Sukan Kawasan Cheras/Bandar Tun Razak telah diwakili oleh Pegawai Belia dan Sukan Kawasan dan Pegawai Penyelaras Program MyVac Cheras/Bandar Tun Razak.
KUALA LUMPUR, 20 April 2021:Jom saksikan Konti Kuala Lumpur dengan kupasan tajuk: “TIPS MEMILIH PERALATAN GOLF YANG TERBAIK DAN SESUAI UNTUK ANDA”.
Siaran kali ini akan menggandingkan En. Mohd Anazem bin Ibrahim sebagai moderator bersama dua panel jemputan yang hebat serta berpengalaman iaitu En. Mohamed Rasshi bin Mahmud, Golf Fitter merangkap Pengasas Golfers Dock Custom Golf dan En. Md Razali bin Mat Yusoff, Golf & Sports Manager Kelab Golf Perkhidmatan Awam Malaysia.
Pelbagai tips akan dikongsikan oleh para panel yang mempunyai pengalaman yang luas dalam arena Golf antaranya:
⛳Tips menarik untuk membeli peralatan Golf ⛳Tips penjimatan ketika membeli peralatan Golf ⛳Tips jarang-jarang didapati ketika membeli peralatan Golf
Butiran siaran adalah seperti berikut: Tarikh : 23 April 2021 (Jumaat) Masa : 11.00 Pagi Medium : FB Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
KOTA DAMANSARA, 12 April 2021:Sidang Media Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (Mental Illness Awareness And Support Association MIASA) bertemakan 'Together Against Stigma & Discrimination in Mental Health : Transforming Communities for Inclusion' telah berlangsung di Royale Chulan The Curve.
Di dalam Sidang Media tersebut telah diumumkan Barisan Penaung & Ahli MIASA 2021/2022 di mana Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur juga telah menjadi sebahagian Ahli Jawatankuasa MIASA.
En. Tony Azman bin Hassan, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WP Kuala Lumpur dan Pn. Melyani Fitria Binti Indra, Pegawai Pembangunan & Kepimpinan Sahsiah telah menghadiri Majlis Sidang Media tersebut.
Turut hadir sama Panel Speaker di antaranya Puan Anita Abu Bakar, Founder and Presiden MIASA, Ustaz Mohd Noor Deros, Timbalan Presiden 2 MIASA & Spiritual Healer', Dr Hazli Zakaria, 'Clinical Psychiatrist and the President of the Malaysian Psychiatric Association', YM Che Puan Sarimah Ibrahim, Penyiar Radio/Pengacara TV/Artis/Penyanyi dan YB Senator Ras Adiba Radzi, Senator OKU, Chairman Bernama & Co-Founder OKU Sentral.
BUKIT KIARA, 20 April 2021: Telah berlangsung sesi lawatan tapak bagi Program Youth Agrocity Fertigasi Tanaman Terung oleh Tuan Pengarah JBSWPKL, En. Asmori Bin Haji Sa’ahari bertempat di Tingkat 3, Kompleks Rakan Muda Bukit Kiara hari ini.
Sesi lawatan tapak ini turut disertai oleh pegawai dari Pusat Belia Antarabangsa (IYC) dan En.Tony Azman bin Hassan, Timbalan Pengarah JBSWPKL.
Semasa lawatan projek berlangsung, penerangan secara ringkas turut diberikan oleh Puan Normiza binti Kadar Maidin selaku Penolong Penyelaras Projek Youth Agrocity WPKL meliputi aspek penjagaan dan jangkamasa projek serta perancangan untuk masa hadapan bagi mempergiatkan lagi aktiviti penanaman ini.
Bukit Kiara, 22 April 2021 - telah berlangsung dengan jayanya program bubur lambuk KSK Tahun 2021 sempena bulan ramadan pada hari ini bertempat di Kompleks Rakan Muda, Bukit Kiara. Program ini anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan JBSWPKL.
Pejabat Belia dan Sukan Batu /Wangsa Maju di hadiri Puan Norsafinah binti Haya selaku Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju serta Encik Hafiz bin Ismail, Penolong Pegawai Belia dan Sukan dan Encik Safian bin Mat Sahat Pembantu Belia dan Sukan
Bukit Kiara, 20 April 2021 - PBSK Batu / Wangsa Maju pada hari ini telah menerima seorg lg penyertaan sukarelawan bukan kesihatan Malaysian Vaccine Support Volunteer bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Batu /Wangsa Maju menjadikan kesemuanya 5 org sukarelawan yg sedia berkhidmat sepenuh masa bagi program MyVacc.
Borang penyertaan tersebut telah di terima oleh Encik Hafiz bin Ismail, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju.
Bukit Kiara, 20 April 2021 - PBSK Batu / Wangsa Maju pada hari ini telah menerima peyertaan sukarelawan bukan kesihatan Malaysian Vaccine Support Volunteer bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Batu /Wangsa Maju.
Borang penyertaan tersebut telah di terima oleh Encik Hafiz bin Ismail, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju.
Bukit Kiara, 20 April 2021 - PBSK Batu / Wangsa Maju pada hari ini telah menerima peyertaan sukarelawan bukan kesihatan Malaysian Vaccine Support Volunteer bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Batu /Wangsa Maju.
Borang penyertaan tersebut telah di terima oleh Puan Norsafinah binti Haya selaku Pegawai Belia dan Sukan Kawasan Batu / Wangsa Maju.